LANGKAH-LANGKAH
YANG TELAH DILAKSANAKAN OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN UNTUK MEMAJUKAN BIDANG SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH
2.1
DASAR 60:40
Pendedahan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam
aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam tempatan
menyedarkan kita masih jauh untuk mencapai sasaran Dasar 60-40 iaitu 60 peratus
pelajar aliran sains dan 40 peratus pelajar aliran sastera.
Keadaan ini boleh menjejaskan
matlamat Pelan hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi dan usaha mencapai
status negara maju menjelang 2020. Usaha berkesan perlu dilakukan untuk meningkatkan minat pelajar dalam aliran sains seperti galakan daripada ibu bapa
dan keluarga, kualiti pengajaran guru, keberkesanan pengurusan sekolah,
kemudahan prasarana, aktiviti kokurikulum akademik berasaskan sains, pengaruh
rakan sebaya, peruntukan kewangan dan pelbagai insentif. Memang benar jika
minat sudah meningkat maka mata pelajaran Sains tidaklah dianggap sukar.
Namun minat sahaja tidak cukup jika
tidak disertai dengan disiplin belajar yang tinggi. Faktor paling penting ialah
wujudnya kesedaran dalam diri individu pelajar untuk belajar
bersungguh-sungguh. Budaya kesungguhan belajar bermaksud amalan belajar dengan
gigih, tekun, memberi tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menghormati dan bertanya
guru tentang pelajaran, mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan tambahan
di rumah, mempunyai jadual belajar dan kerap berbincang dengan rakan tentang
pelajaran. Nilai belajar sedemikianlah yang selalu disebut calon cemerlang
semasa ditemu bual pemberita sejurus menerima keputusan peperiksaan.
Dalam sistem pendidikan kita
penentuan jurusan bermula di Tingkatan 4. Biasanya pelajar yang mendapat gred A
atau B mata pelajaran Sains dan Matematik pada Penilaian Menengah Rendah (PMR)
dijadikan ukuran kelayakan ke aliran sains.
Pelajar yang memperoleh lebih rendah
daripada gred B dalam kedua mata pelajaran tersebut menghadapi kesukaran
mengikuti pelajaran khususnya subjek Sains Tulen jika dipilih ke jurusan sains.
Ini disebabkan penguasaan kemahiran dalam huraian sukatan pelajaran subjek
tersebut agak lemah dan akibatnya mereka tidak berkemampuan mengikuti pelajaran
di peringkat menengah atas yang memerlukan tahap kemahiran lebih tinggi. Kita
perlu meningkatkan bilangan pelajar yang memperolehi sekurang-kurangnya gred B
Sains dan Matematik dalam PMR. Sungguhpun kita ada sekolah berasrama penuh yang
menjurus kepada aliran sains, sekolah ini dilihat sebagai tempat dalam proses
mengumpulkan pelajar yang sudah cemerlang dari sekolah harian supaya
kecemerlangan mereka dapat dimantapkan.
Untuk memenuhi kuota 60 peratus
pelajar aliran sains kita perlu melihat bagaimana majoriti pelajar berprestasi
sederhana di sekolah harian dapat ditingkatkan pencapaian mereka khususnya di
peringkat menengah rendah. Program yang berkesan termasuk peruntukan dan
insentif perlu dijurus ke arah kumpulan sasar pelajar berprestasi sederhana di
sekolah harian. Pada 30 Januari lalu 15 buah sekolah diiktiraf sebagai Sekolah
Kluster Kecemerlangan (SKK) menjadikan jumlahnya 182. Kemudian pada 3 Februari
14 lagi sekolah dianugerah sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menjadikan
jumlahnya 66. Kita perlu merancang bagaimana penjenamaan SKK dan SBT dapat
dijadikan pemangkin yang lebih berkesan dalam membantu mencapai matlamat Dasar
60-40. Elok juga jika difikirkan suatu bentuk penganugerahan untuk mengiktiraf
sekolah yang berjaya meningkatkan pencapaian kumpulan pelajar berprestasi
sederhana ke suatu tahap tertentu khususnya di peringkat PMR.
Dalam usaha mendapatkan maklum balas
pelbagai pihak untuk merealisasikan Dasar 60-40, maka pandangan daripada guru
amat penting.
2.2PELAKSANAAN
PENTAKSIRAN KERJA AMALI SAINS
Pendidikan sains di Malaysia digubal berdasarkan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yangmenekankan kesepaduan antara ilmu pengetahuan,
kemahiran, sikap dan nilai murni (PusatPerkembangan Kurikulum,1992). Menurut
Abdul Rahim (2007), proses pengesanan kurikulumperlu dilakukan untuk mengesan
perkara-perkara yang boleh dibaiki dan meningkatkan aspekkualiti kurikulum
sedia ada. Matapelajaran Sains adalah di antara matapelajaran yang awal
telahdipilih untuk melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah melalui program
Pentaksiran KerjaAmali (PEKA) yang melibatkan semua pelajar dari Tingkatan 1
hingga Tingkatan 5 di peringkatsekolah menengah. Dalam Seminar Kebangsaan penilaian
KBSM tahun 1996, beberapakelemahan dalam pelaksanaan KBSM di sekolah telah
dikenalpasti iaitu terlalu menjurus ke arahberorientasikan peperiksaan dan
mencadangkan supaya bentuk penilaian dikaji semula danPentaksiran Berasaskan
Sekolah diberikan pengiktirafan (Zalina, 1996). Ini adalah selarasdengan
strategi yang dilaksanakan bagi mencapai teras membangunkan modal insan
dalamPelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu mengubah penekanan
peperiksaan awamdaripada berasaskan kandungan kepada kemahiran yang dapat
dikuasai oleh pelajar.
Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali
(PEKA) Sains dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sains lebih bersifat penilaian alternatif di mana pentaksiran prestasi
dilakukan ke atas setiap pelajar. Kaedah penilaian alternatif dilihat sebagai
jalan penyelesaian dan amat sesuai digunakan untuk pentaksiran pencapaian dalam
kerja amali sains memandangkan kaedah ini lebih banyak melibatkan kecekapan
dalam kemahiran inkuiri dan kemahiran proses sains. Kaedah penilaian alternatif
yang dimaksudkan adalah ujian amali, projek, soal selidik, senarai semak,
portfolio, pemerhatian dan temu bual (Doranet. al, 1994).
Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) Sains
adalah salah satu program yang termasuk dalamPentaksiran Berasaskan Sekolah
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006) . PEKA Sains PMRdilaksanakan selama 3
tahun iaitu bermula pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. MatlamatPEKA
Sains PMR dilaksanakan adalah untuk membolehkan pelajar menguasai
kemahiransaintifik, memperkukuhkan teori dan konsep Sains serta memupuk amalan
sikap saintifik dan nilaimurni. Proses pentaksiran dalam PEKA berdasarkan pada
ciri-ciri seperti keserasian dengankehendak kurikulum, berpusatkan pelajar,
telus dan terbuka, kebolehlaksanaan dan sistematik,kepelbagaian instrumen yang
digunakan, pentaksiran yang berterusan dan bersifat formatif,mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan, pelaporan berbentuk positif dan pemantauan yangberterusan
dilakukan.Pentaksiran PEKA Sains PMR adalah proses mengukur tahap penguasaan
murid denganmerujuk kepada kriteria yang ditetapkan. Pentaksiran PEKA bertujuan
untuk mengesan tahappenguasaan murid untuk penambahbaikan. Pelaksanaan PEKA
Sains PMR dirancang, ditadbir,diskor dan dirumuskan di peringkat sekolah. Dalam
pengoperasian PEKA, penyelarasan danpemantauan perlu dilakukan. Penyelarasan
adalah proses yang dijalankan untuk memastikankeseragaman dalam aspek kefahaman
terhadap peraturan penskoran, penggunaan yang betulterhadap peraturan penskoran
dan pemberian skor yang betul bagi setiap pelajar. Pemantauanpula dilakukan
untuk melihat dan memastikan program PEKA Sains PMR dilaksanakan
mengikutprosedur yang telah ditetapkan.
Keberkesanan pelaksanaan PEKA Sains
PMR dalam proses pengajaran danpembelajaran sangat bergantung kepada penerimaan
dan penguasaan guru. Selain itu, pihak- pihaklain yang terlibat secara langsung
juga mungkin mempengaruhi keberkesanan pelaksanaanPEKA Sains PMR. Tahap
penguasaan guru yang tinggi dalam melaksanakan PEKA akan
mempengaruhipelaksanaan PEKA secara berkesan dan seterusnya dapat melahirkan
pelajar yang bukan sahajakukuh dari segi teori dan konsep Sains malah dapat
menguasai kemahiran saintifik serta dapatmemupuk amalan sikap saintifik dan
nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
2.3 DASAR
PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) merupakan satu dasar kerajaan
terbaru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) disemua sekolah. Pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran yang diputuskan oleh Jemaah Menteribagi
merealisasikan wawasan kerajaan untuk menjadikan negara maju pada tahun
2020.Rasionalnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains danMatematik adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa
antarabangsa.Matlamat utamapelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris ialah untuk membolehkanpelajar menguasainya sebagai bahasa ilmu
dua bidang pengetahuan berkenaan sejak di peringkatawal (Info PPSMI, 2006).
Satu surat pekeliling ikhtisas
Bil.11/2002 menjelaskan bahawa dasar ini diperkenalkanpada tahun 2003 dan permulaannya
ialah pelajar tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajartingkatan enam
rendah. Seterusnya pengajaran menggunakan Bahasa Inggeris diperluaskan ke
Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hingga tingkatan enam
atas di SekolahMenengah Kebangsaan di seluruh Malaysia. Cadangan awal ini
mendapat reaksi yang berbeza –bezanamun dengan perancangan yang teliti setelah
mengambil kira pandangan pelbagai pihakdasar ini diteruskan demi kepentingan
negara. Sudah tujuh tahun berlalu namun masih ada isu – isuyang di pertuturkan
dan di bahaskan tetapi pihak KPM tetap meneruskan dasar yang telahdijalankan.
Kerajaan telah menggariskan dua
matlamat utama pelaksanaan pengajaran danpembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris iaitu membolehkan pelajarmendalami dan memahami dua bidang ilmu
itu secara lebih berkesan sekaligus dimanfaatkanuntuk pembangunan serta
kemajuan negara. Selain itu, matlamatnya juga untuk membantupelajar
meningkatkan penguasaan dalam bahasa berkenaan berbanding hanya mempelajarinyamelalui
subjek itu sendiri. Pada masa yang sama ini member peluang kepada guru dan
pelajarmenggunakan Bahasa Inggeris dan meningkatkan profisiensi berkomunikasi
dalam bahasatersebut.
Sains dan matematik adalah bidang
ilmu yang paling cepat berkembang dan disebarkanmelalui pelbagai media serta
merupakan penyumbang kepada pembangunan negara. Melaluiperlaksanaan PPSMI dapat
memberikan pelajar peluang meningkatkan penguasaan bahasa Inggerissaintifik
mereka memandangkan pendedahan terhadap istilah sains dan matematik
akanmenjadikan sesuatu yang biasa digunakan oleh para pelajar. Sebahagian besar
bahan bacaanmengenai bidang sains dan matematik juga banyak terdapat dalam
Bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan awal dapat member peluang kepada pelajar
untuk mengakses maklumat dengan lebih luas dan banyak melalui penguasaan di
dalam Bahasa Inggeris (Kenyataan Akhbar MenteriPendidikan, 20 Julai 2002).
Sebahagian besar usaha ke arah tersebut dipertanggungjawabkankepada sistem
pendidikan atau sekolah untuk membawa negara ke arah martabat yang lebihtinggi
dan disanjungi.
Selaras dengan perlaksanaan PPSMI, semua pihak mengharapkan perubahan dalamkurikulum sistem pendidikan ini akan dapat membantu menunjukkan perspektif sebenar betapapentingnya kita perlu mengusai Bahasa Inggeris dan kelebihan yang akan diperolehi kelak.Maka, semua pihak berwajib haruslah memainkan peranan sewajarnya supaya dapatmenyampaikan ilmu dalam bentuk paling mudah difahami tanpa melibatkan sebarang masalah,terutamanya Bahasa Inggeris yang dijadikan sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sainsdan Matematik.