Khamis, 16 Oktober 2014

nota ringkas BMM3114

TAJUK 1 : KONSEP BUDAYA

Konsep Budaya
Kamus Dewan :
• Kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan
dan sebagainya.
• Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi,
politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Dari sudut etimologi ;
• Perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun
daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan
“daya”.
• “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam
batin manusia.
• “daya” bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan
manusia melaksanakan dengan anggotanya apa yang
digerakkan oleh budinya.
Pandangan Inggeris ;
• Istilah “culture” berasal dari perkataan Latin “colere”
yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau
menanam.
• Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk
menggambarkan pemikiran mereka yang berhubungan
dengan kehidupan mereka yang sangat rapat dengan
aktiviti pertanian (agriculture) pada masa tersebut.
• Justeru, sesiapa menyebut “cultivated person” merujuk
seseorang yang mempunyai “culture”.
Pandangan Bahasa Arab ;
• Istilah kebudayaan ini sinonim dengan perkataan
“al-thaqafah”.
• Istilah al-thaqafah membawa erti cepat memahami dan
kecerdikan.
Thomas J.Sullivan (1993) :
Merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang
Lucy Mair :
Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi
yang sama.
Taib Osman (1988) :
Kebudayaan adalah cara hidup, cara mengatur hidup 1
kelompok manusia.
Kandungan (elemen)
• Budaya Material
– Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta
cara-cara penggunaannya.
– Contoh ;
• keris : alat kebesaran bagi
raja/lambang kekuasaan/kedaulatan.
• orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau
orang Eskimo
• Budaya Bukan Material
– Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
– Contoh ;
• setiap masyarakat mempunyai adat
istiadat yang berbeza-beza seperti
dalam perkahwinan masyarakat Melayu
iaitu pihak lelaki yang memberi
hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India,
hantaran (dowri) perkahwinan diberi
oleh pihak perempuan kepada pihak
lelaki.
• dalam masyarakat Melayu juga ada
adat pepatih & adat temenggung.
Adat - peraturan yang sudah diamalkan secara turuntemurun
dalam masyarakat sehingga menjadi hukum &
peraturan yang harus dipatuhi.
Istiadat: cara2 / peraturan untuk melakukan sesuatu yang
sudah menjadi kebiasaan/resam.


TAJUK 2 : KONSEP BUDAYA
DEFINISI SECARA UMUM

· Kebudayaan adalah satu cara hidup yang dikembangkan
oleh sesuatu masyarakat untuk memenuhi keperluan
asasinya untuk terus hidup, meneruskan zuriatnya dan
mengatur pengalaman sosialnya
· Menurut definisi sosiologi, kebudayaan ialah cara hidup
yang menjadi kepunyaan bersama
· Kebudayaan biasanya dikatakan sebagai benda-benda
seperti lukisan, kesusasteraan, muzik dan falsafah.
· Kebudayaan bukan sahaja merupakan perkara yang seni
dalam hidup, tetapi juga apa sahaja yang terdapat di
persekitaran manusia yang dibuat oleh manusia.
DARI SUDUT ETIMOLOGI
· Perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang tersusun
daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan
“daya”.
· Kalimah “budi” bererti cahaya atau sinar yang terletak
di dalam batin manusia. Perkataan “daya” bertalian
dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia
melaksanakan dengan anggotanya apa yang digerakkan
oleh budinya.

DARI PANDANGAN INGGERIS

· Istilah “culture” berasal dari perkataan Latin “colere”
yang bermaksud menyedia dan mengerjakan tanah atau
menanam.
· Orang Eropah memilih perkataan “culture” untuk
menggambarkan pemikiran mereka di mana salah satu
dari maknanya adalah berhubungan dengan kehidupan
mereka yang sangat rapat dengan aktiviti pertanian
(agriculture) pada masa tersebut. Justeru, sesiapa
menyebut “cultivated person” merujuk seseorang yang
mempunyai “culture”.

KESIMPULAN DEFINISI BUDAYA

· Perkataan budaya dalam bahasa Melayu yang berasal
dari “budi” dan “daya” serta bahasa Arab “althaqafah”
lebih menghampiri falsafah kebudayaan
yang berhubung-kait dengan penjelmaan akal
manusia.
· Begitu juga dalam penggunaan bahasa Inggerisnya,
“culture” yang merujuk kepada hubung-kaitnya
dengan aktiviti pertanian. Kemajuan dalam sektor
pertanian pada zaman Renaisance menjadi titik tolak
penggunaan istilah culture.
· Istilah kebudayaan merujuk dua proses utama, iaitu
internal dan eksternal.
· Proses internal (dalaman) bersumberkan “budi”
ataupun kecerdikan akal yang menjana proses
eksternal yang berasaskan “daya” ataupun tenaga
manusia sebagai momentum dalam mengatur urusan
hidupan harian bermasyarakat.

KANDUNGAN (ELEMEN)
BUDAYA MATERIAL

· Meliputi bahan-bahan fizikal kebudayaan serta caracara
penggunaannya.
· Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang
berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo


BUDAYA BUKAN MATERIAL

· kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang.
· Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat
yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti
perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki
yang memberi hantaran kepada pihak perempuan
manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri)
perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak
lelaki

CIRI-CIRI BUDAYA

 Diwarisi
 Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu
generasi berikutnya. Ini bermakna bahawa
budaya Melayu, Cina dan India yang diamalkan
hari ini adalah lanjutan daripada budaya
terdahulu.
 Peristiwa yang telah berlaku akan memberi
kesan kepada hari ini. Budaya itu juga diwarisi
juga membawa maksud bersambung. Teknologi
yang dihasilkan hari ini adalah hasil teknologi
awal manusia masa lampau
 Dipelajari
 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu
dipelajari
 Bentuk dan jenis pembelajaran anggota
masyarakat bergantung kepada beberapa
faktor iaitu:
i. Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran,
sekolah, institusi latihan dan sebagainya.
ii. Nilai yang mendapat keutamaan dalam
sesebuah masyarakat itu.
iii. Umur seseorang.
iv. Tahap pendidikan
v. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku.
 Perkongsian
 Budaya itu dikongsi oleh manusia iaitu setiap
perlakuan itu diramal dan didokong oleh
sekumpulan manusia.
 Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya
kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa
Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia
kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan
seharian.
 Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan
manusia tidak termasuk dalam budaya seperti
perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam
masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya
menjadi perlakuan individu dan bukannya
perlakuan masyarakat.
 Kesejagatan
 Kesejagatan budaya ialah kebudayaan itu
wujud dalam semua kelompok manusia.
Tidak ada masyarakat yang tidak memiliki
kebudayaan.
 budaya yang sejagat itu berbeza antara
masyarakat kerana faktor pengaruh alam,
pengaruh luar dan tahap penyesuaian
anggota.
 Clyde Kluckhohn mengesan tujuh unsur yang
terdapat dalam semua budaya iaitu:
i. peralatan dan kelengkapan hidup manusia.
ii. mata pencarian hidup dan sistem ekonomi.
iii. sistem sosial.
iv. Bahasa
v. kesenian.
vi. sistem pengetahuan.
vii. agama dan kepercayaan.
 Berubah
· Budaya sentiasa berubah dan tidak ada
budaya tidak mengalami perubahan.
Perubahan ini dikaji daripada perubahan
bentuk, ciri dan proses yang berlaku.
Rumah beratap genting telah digantikan
dengan rumah beratap rumbia.
· Perubahan budaya bukan kebendaan dilihat
dengan jelas seperti perubahan sistem
ekonomi sara diri kepada ekonomi kapitalis.
Namun, perubahan budaya kebendaan lebih
cepat berubah.
· Perubahan ini disebabkan beberapa faktor,
antaranya:
i. pertambahan bilangan anggota masyarakat
ii. pertambahan keperluan dan keinginan manusia.
iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.
iv. pertembungan budaya.
v. konflik yang berlaku.
vi. perubahan alam sekitar.
 Perlambangan
 Perlambangan ialah sebagai satu lambang dalam
budaya yang memberikan makna tertentu
kepada pendukungnya seperti bendera, warna,
logo, lambaian tangan dan sebagainya.
 Perlambangan yang wujud turut membantu
manusia berhubung dan berkomunikasi sesama
mereka seperti isyarat memanggil.
 Pandangan Semesta
 Pandangan semesta ialah bagaimana manusia
memberikan tafsiran terhadap keadaan alam
sekeliling ke dalam kehidupan seharian.
 Pandangan semesta ini timbul kerana manusia
mempunyai pertalian yang rapat dengan alam
sekitarnya.
 Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan
dalam kehidupan seharian seperti simpulan
bahasa (seperti aur dengan tebing), ukuran
(sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak
nasi) dan sebagainya.

AKOMODASI

· Sedar perbezaan budaya.
· Pertahan budaya sendiri dan hidup dengan harmoni
· A + B + C = A + B + C
AKULTURASI
· Minoriti menerima budaya majoriti,
· tanpa ubah budaya asal.
· Berlaku proses pinjaman –
· tali leher, ‘angpow’, makanan, hiburan
· A + B + C = Ai + Bi + Ci

ASIMILASI

· Minoriti terima budaya dominan
· Contoh : masyarakat Jawa,
· masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya
· A + B + C = A


TAJUK 3 : KONSEP MASYARAKAT
DEFINISI MASYARAKAT

 Ralph Linton, 1936 :
“Masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan
bekerjasama sehingga mereka dapat
mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai
dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai
batas-batas tertentu”.

 Harry L. Shapiro, Man, Culture and Society, 1960 :
Masyarakat ialah manusia yang hidup dalam
suatu kelompok dan bekerjasama antara satu
dengan yang lain.
Masyarakat terdiri daripada lelaki, perempuan
dan kanak-kanak.
Masyarakat wujud dari satu generasi ke satu
generasi di samping mewariskan unsur-unsur
tradisi.

Ciri-ciri masyarakat :
1. Masyarakat hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap
dalam kumpulannya.
2. Masyarakat ialah komuniti yang saling bergantung dan
memerlukan antara satu sama lain.
3. Anggota masyarakat mempunyai peranan yang tertentu.
4. Masyarakat mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan
tersebut boleh terus berkembang.
5. Masyarakat mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan
status.
6. Masyarakat berinteraksi melalui bahasa.

PERKEMBANGAN MASYARAKAT :

i. Tahap savagery
ii. Tahap barbarisme
iii. Tahap tamadun.
TAHAP SAVAGERY :
 Tahap savagery rendah:
 Manusia hidup dengan makan buah-buahan dan kekacang
tanpa mengenal api. Dalam zaman ini, mereka juga
meramu dengan mencari akar-akar kayu dan tumbuhtumbuhan
liar.
o Tahap savagery pertengahan:
 Mereka menggunakan api dan menjadikan ikan
sebagai tambahan kepada menu mereka. Oleh itu,
mereka menambah tugas seharian dengan
menangkap ikan.
o Tahap savagery atas :
 Manusia mendapat busur dan panah untuk kegunaan
berburu.

TAHAP BARBARISME :

 Tahap rendah:
 Periuk belanga telah dibuat.
 Tahap pertengahan:
 Ini diikuti dengan aktiviti penternakan binatang di
Benua Lama dan menanam jagung di Benua Baharu.
Seni bina batu juga wujud pada tahap barbarisme
pertengahan ini dengan menggunakan batu bata yang
dikeringkan oleh cahaya matahari.
 Tahap atas:
 Alat-alat daripada besi muncul semasa tahap
barbarisme tahap atas.

TAHAP TAMADUN :

 Pada tahap tamadun, abjad fonetik dan penulisan
mulai dikenal


TAJUK 4 – MASYARAKAT MELAYU
TAKRIF MELAYU :

 Menurut Perlembagaan negara Malaysia, Melayu
ialah orang yang lazim berbahasa Melayu,
berkebudayaan Melayu, beragama Islam :
 “...seseorang yang menganut agama Islam, lazimnya
bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat
Melayu dan
a) lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan
atau Singapura atau ibu bapanya lahir di
Persekutuan atau Singapura, atau pada hari
Merdeka ia adalah berdominasi di Persekutuan
atau di Singapura atau
b) ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.”
(Mohd Rashid Md Idris, 2007:3)
TAKRIFAN MELAYU DARI SEGI SUKU BANGSA :
 Melayu mestilah daripada keturunan suku Melayu dari
segi darah dagingnya, bertutur bahasa atau dialek
Melayu dan berkebudayaan serta beradat resam
Melayu.
 Suku Melayu jenis ini terdapat di Semenanjung
Malaysia, termasuk Thailand Selatan, Pantai Sarawak,
Brunei, Pantai Sabah, Pesisir Kalimantan, Indonesia dan
lain-lain.

TAKRIFAN MELAYU OLEH UNESCO :

 Melayu merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai
satu keluarga bahasa yang sama, bentuk fizikal tubuh
badan yang hampir sama, berkulit sawo matang, rambut
lurus, berketinggian sederhana dan penduduk asli di satu
kawasan yang sangat besar.
 Dari segi lahiriah: orang Melayu ialah orang yang
berkulit sawo matang, berbadan sederhana serta
tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi
bahasa.
 Dari segi budaya: Melayu meliputi penduduk
kawasan yang lebih luas, iaitu gugusan pulau-pulau
Melayu yang meliputi Malaysia, Indonesia, Filipina
dan lain-lain.
(Syed Ali yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris)
 Menurut pendapat yang dikemukakan oleh Asmah
Hj. Omar yang dipetik oleh Siti Hajar Abdul Aziz
(2008:5) Susur Galur Bahasa Melayu
 Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang
terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan
kawasan yang secara tradisional dikenali sebagai
gugusan pulau Melayu.
TAKRIF MELAYU - CATATAN ORANG CHINA
 Melayu merujuk sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China
sekitar 644-645 Masihi. Dikatakan orang Mo-lo-yeu
mengirimkan Utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja
China.

TAKRIF MELAYU - PERKATAAN JAWA

 “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini
boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu
(Austonesia) yang bergerak dari Yunan.

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BANGSA MELAYU

 Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur.
 Beberapa pendapat :
a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan)
b) bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori
Nusantara)
c) Orang Minangkabau (Melayu) dari Asia Tengah


TEORI NUSANTARA

3 Gelombang Utama :
 Negrito
 Proto
 Deutro
i) Negrito
 Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di
Kepulauan Melayu
 Berasal daripada golongan Austronesia di Yunnan.
 Mereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM
berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.
 ciri-ciri fizikal : berkulit gelap, berambut kerinting,
bermata bundar,berhidung lebar, berbibir penuh, saiz
badan yang pendek,
 Keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak
di Sarawak dan Batak di Sumatera
ii) Proto
 Perpindahan gelombang kumpulan 2
 Peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit
daripada orang Negrito.
 Orang Melayu-proto telah pandai membuat alat
bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan
 Berpindah randah
 zaman mereka ini dinamai Neolitik atau Zaman Batu
Baru.
iii) Deutro
 Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro
 Perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang
dikatakan dari daerah Yunan diperkirakan berlaku pada
tahun 1500
 Peradaban yang lebih maju daripada melayu
proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.
 Mereka telah menggunakan alat perburuan dan
pertanian daripada besi.
 Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup
di tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh
kepulauan melayu ini.
TEORI NUSANTARA
 Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun
yang tinggi.
 Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan
orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi
berasa dan berkembang di Nusantara.
 Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis
terdapat di pulau jawa.Penemuan manusia kuno ini di
pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang
melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut
yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun
bersendirian
 Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia) mempunyai
perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah
(Bahasa Indo-Eropah)
 Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu
adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir
disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang
merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja
yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari
keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura,
Malaka dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura.

TEORI ASIA TENGGARA

 Orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi
Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai
Jambi dan Palembang,semasa banjir besar berlaku di
bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti
yang kukuh.
 Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,
J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen,Slametmuljana dan
juga Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasanalasan
yang menyokong teori ini :
1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia
Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini
menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu;
2. Adat resam bangsa Melayu mirip budaya Asia
Tengah

TAJUK 5: KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG POLITIK)
ISI KANDUNGAN:

1. Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran
2. Institusi Sosial
3. Sistem Kekeluargaan

1. SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

 Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di
bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara yang bertugas selama 5 tahun dan dipilih oleh
Majlis Raja-Raja.
 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga
menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.
Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah
Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri
masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat
Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
· Sistem pemerintahan disesuaikan dengan agama
Islam
· Sultan dikatakan sebagai berasal dari keturunan
pahlawan
· Sultan dibantu dalam menjalankan pemerintahan
oleh orang-orang besar yang menjadi pegawai
· Sultan juga diaanggap mempunyai kekuatan dan
keajaiban
· Sultan dianggap sebagai individu yang perkasa
· Konsep daulat memberi peluang kepada Sultan
untuk meletakkan dirinya berbeza dengan orang
lain
· Institusi raja merupakan institusi yang menjadi
sanjungan

PEMBESAR PERINGKAT NEGERI/DAERAH
2. INSTIUSI SOSIAL KEBUDAYAAN MELAYU

· Perkataan ‘sosial’ dari segi kebudayaan membawa maksud
yang sangat luas meliputi segala aspek yang berrkaitan
dengan masyarakat.
· Sosial dalam pendefinisian ini merangkumi sistem sosial,
stratifikasi sosial, struktur sosial, perhubungan antara
anggota masyarakat, mobiliti sosial dan bentuk
kepercayaan.
· Dalam konteks masyarakat tradisional, sistem sosialnya
merupakan struktur masyarakat yang belum menerima
pengaruh peradaban Barat.
Herarki Sosial Masyarakat Melayu
 Herarki merupakan susunan sesebuah masyarakat
yang bakal membentuk pentadbiran.
 Herarki ini menggambarkan kedudukan sesuatu
golongan atau kelompok dalam masyarakat.
 Bagi masyarakat Melayu tradisional, sistem sosial
atau herarkinya bersifat feudal.
 Raja atau Sultan berkuasa dan menduduki tempat
tertinggi dalam sistem sosial masyarakat Melayu
tradisional.
 Herarki masyarakat Melayu tradisional dipengaruhi
oleh beberapa faktor iaitu keturunan, hubungan
kekeluargaan, pangkat dan kedudukan yang
disandang, tugas dan sebagainya.
 Dari aspek demografi pula, kedudukan masyarakat
dapat dikategorikan mengikut jumlah pemilikan
harta, reka bentuk rumah, gaya pakaian dan
penggunaan istilah dalam pertuturan.

GOLONGAN YANG MEMERINTAH

3.1 Raja/Sultan/Yang Dipertuan
· Pada zaman Melayu tradisional, raja dianggap sebagai
pemerintah yang berdaulat dan amat mulia.
· Daulat ini dikaitkan dengan spiritual dan kepercayaan
tradisi.
· Melalui pengagungan Raja ini maka timbullah konsep
Daulat dan Derhaka.
· Sesiapa yang ingkar kepada perintah Raja akan dihukum
bunuh akibat tulah yang mereka hadapi.
· Contohnya, Tun Hussien yang merupakan seorang
pembesar Sultan telah dibunuh kerana didapati ingin
menderhakai sultan, walhal, beliau bertindak atas dasar
kemanusiaan yang cuba untuk menegakkan keadilan untuk
menuntut bela kematian ayahnya.
· Secara umumnya, Sultan berperanan penting dalam tiga
aspek utama iaitu politik, sosial dan ekonomi.
· Dari segi politik, Sultan berperanan sebagai ketua
kerajaan yang memerintah secara mutlak dan dibantu
oleh pembesar yang bertindak sebagai penasihat.
· Selain itu, baginda juga berperanan sebagai pemimpin
utama angkatan tentera di mana baginda akan
mengepalai angkatan tentera bagi mempertahankan
negeri dan meluaskan jajahan taklukan.

PENTADBIRAN PERINGKAT KAMPUNG

· Di samping itu, baginda juga merupakan ketua Agama
Islam dan penggubal undang-undang.
· Daripada aspek sosial pula, baginda bertindak sebagai
penyelesai masalah rakyat dengan menjalankan
pemerintahan dan hukuman yang adil kepada rakyat.
· Oleh sebab itu, Sultan menjadi tempat mengadu masalah
dan dijadikan simbol perpaduan.
· Seterusnya, bagi aspek ekonomi pula. Sultan berperanan
penting dalam mengawal kewangan kerajaan.
· Maka dengan itu, Sultan telah meminta rakyat agar
memberikan hasil kegiatan ekonomi kepada kerajaan.
· Hasil ini dikutip melalui sistem cukai yang telah
diperkenalkan.
3.2 Keluarga dan Kerabat Diraja
· Kedudukan dan status kedua tertinggi selepas Sultan
ialah golongan anak raja dan kerabat diraja.
· Mereka merupakan golongan yang mempunyai jurai
keturunan Sultan yang memerintah sesebuah kerajaan.
· Mereka ini diberi gelaran sebagai Raja atau Tengku.
· Anak raja sebenarnya tidak semestinya seorang putera
kepada Sultan yang sedang memerintah.
· Anak raja atau putera puteri raja Sultan juga
mempunyai keistimewaan yang sama dengan Sultan.
· Namun demikian, keistimewaan yang diberikan kepada
anak raja tidak melebihi keistimewaan Sultan sebagai
ketua kerajaan.
· Antara keistimewaan anak raja ialah mempunyai payung
putih dan menggunakan ‘bahasa dalam’.
· Dalam kalangan golongan keluarga dan kerabat diraja ini,
terdapat beberapa orang yang mempunyai kedudukan
yang lebih istimewa hasil daripada hubungan yang rapat
dengan Sultan.
· Antaranya ialah hak keistimewaan dalam politik negeri.
3.3 Pembesar
· Anggota masyarakat yang paling hampir dengan
pihak bangsawan ialah golongan pembesar.
· Secara umumnya, masyarakat melayu tradisional
menggunakan sistem pembesar empat lipatan yang
tediri daripada Bendahara, Penghulu Bandahari,
Temenggung dan Laksamana.
3.3.1 Bendahara
· Bendahara merupakan ketua eksekutif seluruh
mekanisme pentadbiran melayu tradisional.
· Jika Sultan mempunyai kuasa spiritual dan divine.
· Bendahara pula mempunyai pemerintahan secara fizikal.
· Taraf Bendahara lebih tinggi berbanding pembesar yang
lain apabila beliau merupakan golongan ketiga selepas
kedudukan Sultan.
· Semasa ketiadaan Sultan, Bendahara mempunyai hak
untuk memangku tugas dan peranan Sultan, dengan
dibantu oleh Seri Nara Diraja (Penghulu Bendahari) dan
Seri Bija Diraja.
· Beliau akan menjadi ketua turus tentera, ketua hakim
dam ketua ‘di balai sendiri’ kedudukan Bendahara
dibuktikan melalui kedudukan beliau semasa di balairung
istana di mana beliau duduk di sebelah kanan Sultan.
· Selain itu, Bendahara juga turut dianugerahkan usungan
untuk berjalan-jalan. Keistimewaan Bendahara telah
disentuh dalam Sejarah Melayu yang menerangkan
seperti berikut;
· “…jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar (Bendahara)
duduk di balai, jikalau anak-anak raja datang, tiada
dituruninya, melainkan anak raja yang akan ganti
kerajaan maka turuninya; dan jikalau Bendahara masuk
mengadap, tempatnya duduk itu akan dibentangi
permaidani; jikalau raja masuk maka Bendahara pulang,
dan segala orang besar-besar dan orang kaya-kaya pergi
menghantar Bendahara kembali ke rumahnya…”
· Dalam jawatan Bendahara, tiada sistem yang tetap
dalam perlantikan jawatan ini.
· Oleh sebab itu, Bendahara selalunya akan dilantik
daripada pembesar kanan yang mempunyai hubungan
kekeluargaan dengan Sultan.
· Kebiasaannya, Bendahara adalah merupakan bapa
saudara Sultan sendiri.
3.3.2 Penghulu Bendahari
· Penghulu Bendahari menduduki tempat kedua selepas
Bendahara dalam golongan pembesar dalam sistem sosial
masyarakat Melayu tradisional.
· Penghulu Bendahari mempunyai peranan utama dalam
memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan.
· Para pembesar yang berada di bawah bidang kuasanya
ialah bendahari-bendahari, pemegang hasil negeri,
syahbandar-syahbandar dan hamba-hamba raja.
· Penghulu sebenarnya merupakan ‘Menteri Kewangan’ dan
beliau menjalankan tugas dengan menjadi wakil yang
menerima ufti daripada kawasan taklukan kerajaan.
· Selain itu, penghulu Bendahari juga boleh dititahkan
untuk menjadi ketua angkatan tentera perang untuk
menyerang negeri asing seperti Melaka menentang
Kampar.
3.3.3 Temenggung
· Pembesar yang ketiga ialah Temenggung.
· Temenggung berperanan sebagai Ketua Keamanan
Negeri.
· Temenggung juga menjadi ‘pengatur’ orang makan di
balai istana.
· Menghakimkan perbicaraan yang besar sebagai Timbalan
Ketua Hakim, menangkap orang yang melakukan
kesalahan, membaiki keadaan pasar dan pekan, dan ketua
perancang bandar dan jalan raya.
· Kecuaian yang dilakukan oleh Temenggung akan
menjadikan sesebuah negeri huru-hara.
· Sebenarnya, tugas temenggung ada dibicarakan dalam
Undang-undang Melaka seperti berikut;
“Adapun hukum yang diserahkan kepada Temenggung itu
barang yang dihukumkan di dalam negeri seperti tahafusmentafahus
dan seperti tengkap-menangkap orang yang
jahat di dalam negeri.”
· Selalunya, Temenggung dilantik daripada kalangan
keluarga pembesar-pembesar itu sendiri.
· Umpamanya, Tun Mutahir yang menjadi Temenggung
Melaka adalah anak kepada Seri Nara Diraja Tun Ali dan
anak saudara kepada Tun Perak.
3.3.4 Laksamana
· Jawatan terakhir dalam sistem empat lipatan dalam
herarki zaman tradisional Melayu ialah Laksamana.
· Sebelum jawatan ini wujud, jawatan sebagai ketua
angkaatan tentera laut dipegang oleh Hulubalang Besar.
· Jawatan ini merupakan monopoli orang melayu dari
Bentan yang bergelar Seri Bija Diraja.
· Tokoh yang terkenal ialah Tun Hamzah (Datuk Bongkok)
dan Tun Ketuyup (yang dibunuh oleh Sultan Mahmud
Syah).
· Apabila jawatan Laksamana diperkenalkan oleh Sultan
Mansor Syah, jawatan ini mula dipegang oleh Laksaman
Hang Tuah yang merupakan golongan kebanyakan.
· Pada awalnya, taraf Hulubalang dan Laksamana adalah
sama tetapi lama-kelamaan ianya berbeza.
· Dalam acara pencercaan, Laksamana dan Temenggung
ditugaskan untuk mengawal keselamatan Bendahara.
· Dalam hal ini dapat menunjukkan kedudukan kedua-dua
pembesar ini hampir sama.
· Rakyat yang biadap menentang Bendahara akan dibunuh
oleh Temenggung atau Laksamana.
· Tugas-tugas utama Laksamana ialah ketua organisasi
angkatan laut, pembawa utusan diraja dan pengawal
peribadi Bendahara.
· Bagi jawatan Laksamana, ia diganti mengikut lunas
kekeluargaan.
· Contohnya, pengganti-pengganti kepada Laksaman Hang
Tuah ialah Laksamana Khawaja Hassan, iaitu
menantunya, dan kemudian Hang Nadim yang juga
menantu beliau. Seperti Bendahara, Laksamana juga
dikurniakan usungan.
3.3.5 Syahbandar
· Syahbandar juga merupakan pembesar yang terpenting
pada zaman Melayu tradisional walaupun tidak tergolong
dalam pembesar empat lipatan.
· Syahbandar bererti ‘pemerintah pelabuhan’ yang diambil
daripada perkataan Parsi.
· Syahbandar menjadi ketua organisasi pelabuhan dan
wakil saudagar-saudagar asing.
· Syahbandar diletakkan di bawah bidang kuasa Penghulu
Bendahari.
· Menurut Tome Pires, kehadiran empat orang
Syahbandar di Melaka menandakan kehadiran ramai
pedagang daripada berbagai-bagai kumpulan etnik.
· Sebenarnya, jawatan Laksamana dan Syahbandar adalah
kerana keperluan semasa.
· Hal ini kerana sumber ekonomi zaman tradisional Melayu
pada ketika itu bergantung kepada kegiatan laut,
terutama perdagangan dan perniagaan.
· Oleh itu, Laksamana diperlukan untuk mengawal
keselamatan laut.
· Manakala, kelancaran dan kepimpinan diperlukan di
kawasan pelabuhan untuk memudahkan urusniaga
sehingga terciptanya jawatan Syahbandar.
· Keadaan ini sehinggakan menyifatkan Laksamana sebagai
‘raja di laut’ dan syahbandar sebagai ‘raja di pelabuhan’.
3.4 Ulama
· Golongan yang dikatakan penting dalam masyarakat
tradisional Melayu ialah golongan ulama.
· Golongan ini merupakan golongan intelek dan alim ulam
yang pakar dalam hal ehwal agama Islam.
· Ekoran daripada kepentingannya dalam sistem sosial
masyarakat Melayu, maka golongan ini telah diangkat
darjatnya dalam susun lapis masyarakat Melayu
tradisional.
· Biasanya, golongan ini terdiri daripada masyarakat yang
mempunyai keturunan Arab-Melayu.
· Golongan ini digelar sebagai maulana, makhdum, kadi dan
pendeta tasawuf.
· Lazimnya, mereka juga turut menggunakan gelaran
kebesaran seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri
Utama dan Imam Maharaja.
· Golongan ini sebenarnya hanya mula memainkan peranan
yang penting dalam masyarakat Melayu selepas
tersebarnya Islam ke Nusantara.
· Pada mulanya, mereka mengajar asas agama Islam.
Namun, apabila Islam berkembang dengan pesat, mereka
mula mengajar ilmu dalam bidang tasawwuf, tafsir, dan
hadis.
· Selain itu, golongan ini juga telah dilantik oleh Sultan
untuk menjadi guru, ketua agama, kadi dan bertugas
menasihati Sultan dalam bidang hukum syarak.
· Oleh itu, golongan ulama ini dikatakan mempunyai
hubungan yang rapat dengan Sultan.
· Seterusnya, pendeta pula merupakan golongan yang
pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,
kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah raja.
· Golongan ini mempunyai bilangan yang sedikit dalam
masyarakat Melayu. Namun begitu, mereka menjadi
rujukan Sultan dan golongan istana selain menjadi perawi
Sultan.

GOLONGAN DIPERINTAH

3.5 Rakyat
· Rakyat merupakan lapisan pertama dalam golongan yang
diperintah dalam sistem sosial masyarakat Melayu.
· Rakyat merupakan golongan yang terbesar dalam
masyarakat Melayu.
· Fungsi utama rakyat adalah dari aspek mental, fizikal,
dan tradisi ialah menyokong dan patuh kepada institusi
raja dan pembesar.
· Sebahagian besar daripada golongan rakyat adalah orang
Melayu dan selebihnya adalah orang asing dan Orang
Laut yang terlibat dalam kegiatan ekonomi sebagai
pedagang, peniaga, pedagang-mubaligh dan senteri yang
menyebarkan agama Islam.
· Rakyat kebiasaannya menjadi pengikut atau pengiring
pembesar-pembesar dan raja sebagai hulubalang.
· Mereka juga terlibat secara langsung dalam apa jua
jenis perang yang melibatkan kerajaan.
· Sejarah Melayu ada menyebut bahawa orang asing juga
terlibat dalam kumpulan ini seperti Khawaja Baba, Naina
Isahak dan Sayyid Ahmad.
· Selain itu, rakyat biasa juga terdiri daripada golongan
peniaga dan saudagar.
· Mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang lebih rendah
daripada golongan buruh kasar dan tukang mahir.

3.6 Orang Asing

· Selain daripada empat golongan yang terdapat dalam
herarki masyarakat tradisional Melayu, terdapat lagi
sebuah golongan yang turut terlibat dalam masyarakat
sosial pada zaman tradisional Melayu iaitu golongan
‘orang asing’.
· ‘orang asing’ turut dikenali sebagai ‘orang dagang’ dan
‘orang perantau’ yang terdiri daripada dua jenis utama.
· Pertama, golongan yang terlibat dalam pelbagai jenis
kegiatan sosial seperti tentera upahan yang
kebanyakannya daripada Jawa dan Pasai selain sebagai
mubaligh.
· Kedua, mereka yang terlibat dalam aspek ekonomi
seperti peniaga kecil-kecilan sehingga menjadi
pemborong dan peniaga besar.
· Golongan yang terlibat dalam kerja mahir juga dipelopori
oleh golongan asing seperti dalam perlombongan bijih
yang didominasi oleh golongan Cina.
· Secara umumnya, ‘orang asing’ ini dikategorikan kepada
dua kumpulan.
· Pertama mereka yang menetap terus di Tanah Melayu.
· Manakala, golongan kedua adalah mereka yang menjadi
pengunjung sekali-sekala untuk tujuan perdagangan dan
perniagaan.
· Antara golongan ‘orang asing’ pada zaman tradisional
Melayu ialah orang Cina, Keling (Tamil), Gujerat, sukusuku
dari Arab, Ghori, Parsi dan Siam.

3.7 Hamba

· Institusi perhambaan di dalam masyarakat tradisional
Melayu dikaitkan dengan tradisi perhambaan di Tanah
Arab atau Islam dan wujudnya sistem kasta dalam
kepercayaan Hindu.
· Sebenarnya, institusi perhambaan ini wujud akibat
daripada dorongan keperluan dan kepentingan sosial
serta ekonomi masyarakat melayu.
· Hamba berfungsi menyediakan tenaga manusia bagi
menyokong dan menjalankan pelbagai jenis kerja yang
wujud dalam masyarakat.
· Hamba dikatakan mampu meningkatkan taraf hidup
pemiliknya kerana semakin ramai hamba yang dimiliki
oleh seseorang, semakin tinggi taraf hidup dan kukuh
ekonominya.
· Contoh yang paling ketara ialah Tun Mutahir yang
mempunyai ratusan hamba dan dianggap sebagai orang
terkaya pada ketika itu.
· Hamba terbahagi kepada tiga golongan utama iaitu
hamba biasa hamba berhutang dan hamba raja.
3.7.1 Hamba Raja
· Pertama sekali adalah golongan hamba raja.
· Mereka terdiri daripada orang yang merdeka yang telah
melakukan kesalahan jenayah, kemudian tertangkap lalu
mendapat keampunan daripada sultan, dan berjanji akan
menjadi hamba turun temurun.
· dengan cara ini mereka kan terlepas daripada menerima
hukuman atas kesalahan yang mereka lakukan.
· Selain itu, golongan ini juga terdiri daripada tawanan
perang atau banduan.
· Haamba raja juga dikenali sebagai ‘biduanda’ yang
melakukan hampir kesemua jenis pekerjaan.
· Hamba raja ini mendapat perlindungan daripada pihak
pemerintah.
· Golongan hamba raja ini mempunyai kedudukan yang
lebih tinggi berbanding dua kelompok hamba yang lain
sehingga sesiapa yang membunuh hamba raja akan
mendapat hukuman yang berat seperti yang dinyatakan
dalam Hukum Kanun Melaka sebagai:
“Adapun jikalau hamba rajin dan segala hartanya (si pencuri)
itu dirampas. Jikalau nakhoda sekalipun demikian juga
hukumannya”.[14]
3.7.2 Hamba Biasa
· Hamba biasa terdiri daripada tiga kelompok kecil iaitu
abdi, dengan dan hamba.
· Hamba daripada golongan ini biasa diperoleh melalui
pembelian dan pertukaran tuan.
· Golongan ini menjadi hamba seumur hidup secara turuntemurun.
· Hamba abdi terbahagi pula kepada beberapa jenis.
· Hamba abdi yang pertama ialah hamba tawanan yang
menjadi hamba apabila tertawan dalam sesebuah
peperangan.
· Kedua ialah hamba diranggah iaitu hamba yang bukan
daripada orang Islam yang ditawan seperti Batak dan
orang asli atau penduduk Islam lain di rantau ini yang
diculik dan dijual oleh peniaga hamba abdi termasuk
mereka yang ditawan oleh lanun dan menjadi hamba.
· Hamba abdi yang ketiga ialah kamba habsyi iaitu hamba
yang diimport dari Afrika.
· Kebanyakan mereka merupakan orang kulit hitam yang
dibeli oleh orang Melayu semasa menunaikan haji di
Makkah.
· Terdapat juga hamba afrika yang dibawa oleh penjajah
Eropah.
· Selain itu, dalam hamba abdi juga terdapat hamba hulur.
· Hamba hulur merupakan mereka yang melakukan
kesalahan jenayah dan mereka yang menyerah diri
kepada pemerintah kerana tidak mampu untuk membayar
semula hutang darah atau denda.
· Manakala, hamba serah pula mereka yang menghadapi
kesukaran hidup dan menjadi hamba dengan menyerah
diri kepada mereka yang sanggup memberikan makanan
atau nafkah hidup.
· Akhir sekali ialah hamba keluarga atau anak hamba yang
merupakan anak dan isteri kepada hamba abdi.

3.7.3 Hamba Berhutang

· Hamba yang kedua iaitu hamba berhutang merupakan
golongan yang tidak dapat membayar hutang kepada si
pemiutang.
· Golongan hamba berhutang ini pada asalnya merupakan
golongan orang yang merdeka.
· Oleh kerana tidak mampu membayar hutang, maka
mereka terpaksa menjadi hamba berhutang untuk
melunaskan hutan-hutang mereka.
· Lebih memeritkan lagi apabila bukan sahaja mereka yang
menjadi hamba, tetapi turut dialami oleh anak-anak dan
isteri sebagai hamba tebusan.
· Tempoh perkhidmatan hamba berhutang adalah sehingga
hutang tersebut telah selesai dibayar seperti yang telah
dijanjikan.
· Hamba berhutang melakukan pelbagai jenis kerja
termasuklah bercucuk tanam, melombong, kerja-kerja
domestik dan lain-lain.
· Hamba berhutang sebenarnya terbahagi kepada empat
bahagian yang kecil.
· Pertama ialah orang berhutang. Orang berhutang
merupakan orang yang terikat dengan hutang dan akan
dibebaskan selepas menjelaskan hutang tersebut.
· Kedua ialah anak emas yang merupakan orang yang
menjadi hamba melalui perkahwinan iaitu hamba lelaki
yang berkahwin dengan hamba wanita dan terikat kepada
tuannya.
· Seterusnya merupakan hamba waris yang merupakan
isteri dan anak-anak hamkba orang berhutang.
· Akhir sekali ialah hamba bayar yang merupakan abdi
yang diserahkan oleh tuannya kepada orang lain untuk
tujuan membayar hutang tuannya kepada pemiutang.
· Sesuatu yang menarik dalam golongan hamba ialah
mereka dilindungi oleh Hukum Kanun Melaka yang
menyebut bahawa hamba terlindung daripada kezaliman.
· Hamba bebas untuk bergerak seperti mengambil upah
daripada orang lain.
· Hasil pendapatan boleh disimpan sendiri atau diberikan
kepada tuan mereka.
· Kedudukan sosial hamba ini dibicarakan secara panjang
lebar dalam Hukum Kanun Melaka.

KESIMPULAN

· Secara keseluruhannya, sistem sosial masyarakat
Melayu tradisional merupakan sistem sosial yang kukuh
dan teratur.
· Sistem ini diamalkan zaman berzaman dan masih
mempunyai pengaruh sehingga hari ini.
· Sistem sosial pada zaman tradisional mempengaruhi
sistem pemerintahan kita pada hari ini.
· Contohnya, sistem pemerintahan Malaysia yang bersifat
Raja Berpelembagaan yang mempunyai kaitan dengan
konsep Daulat dan Derhaka pada zaman tradisional
dahulu, Islam sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi dan unsur-unsur tradisional masih
diamalkan sehingga hari ini.
· Namun begitu, sejarah telah membuktikan bahawa
terdapat pelbagai pengaruh asing yang mempengaruhi
sistem sosial dalam masyarakat Melayu tradisional.
· Antaranya ialah pengaruh agama Hindu-Buddha dan
agama Islam.
· Elemen-elemen seperti ini telah menyerap masuk dalam
budaya masyarakat Melayu tradisional dan terus kekal
dalam sosial masyarakat Melayu sehingga hari ini.


3. SISTEM KEKELUARGAAN

 Sistem kekeluargaan Melayu mempunyai ciri-ciri yang
agak fleksibel. Ciri-ciri ini terlihat dalam perkahwinan
Melayu yang boleh berbentuk matrilokal atau patrilokal,
monogami atau poligami. Lebih-lebih lagi, perkembangan
keluarga mempunyai beberapa variasi.
.
· DWISISI (bilateral)
· NASAB IBU (matrilineal)

Bentuk-bentuk perkahwinan masyarakat Melayu:
1. Monogami
2. Poligami
3. Endogami
4. Eksogami
5. Perkahwinan campur
1. Monogami: Perkahwinan diantara seorang lelaki dan
seorang perempuan (satu laki satu permpuan)
2. Poligami: Perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa
orang wanita pada satu-satu masa
3. Endogami: Perkahwinan sesama suku (kalngan sanak
saudara)
4. Eksogami: Perbuatan mengahwini seseorang daripada
suku kaum lain
5. Heterogami : antra kelas sosial yg berbeza (bangsawan
dgn petani)
6. Homogami : kelas sosial yg sama
7. Perkahwinan campur: Antara kaum, melibatakan
kewarganegaraan, berlainan agama.


TAJUK 6 – KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)
KESENIAN:

Kesenian merupakan perihal seni, yang berkaitan dengan seni,
berasaskan seni (Kamus dewan edisi keempat, 2010).
Kesenian Melayu menjadi identiti masyarakat Melayu.
1. Seni Persembahan
2. Seni Tampak
3. Seni Muzik

SENI PERSEMBAHAN
1) SENI GERAK
i. TARI

· Bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada
waktu perkahwinan, pertabalan dan sebagainya. Contoh :
tarian siti payung, tarian mak inang, tarian asyik, tarian
gamelan .
· Wujudnya pengaruh Arab dan Parsi.
Contoh : tarian rodat, tarian hadrat.
· Tarian rakyat.
Contoh : dondang sayang, ronggeng, joget.
· Khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja.
Contoh : tarian kuda kepang, tarian labi-labi, tarian
berdayung.


ii. SENI DRAMA/PERSEMBAHAN PENTAS

· Merupakan karya drama yang dianggap oleh masyarakat
yang mewarisinya sebagai hasil yang diwarisi secara
turun-temurun dari generasi yang lampau.
· Seni drama :
a) Drama tari/Taridra. (Menora, Mak Yong, Mek
Mulong, Gamelan).
b) Patung. (wayang kulit, wayang gedek).
c) Opera. (Bangsawan, Mendu, Memanda (teater
orang Banjar), Kemidi Rudat (teater orang
Sasak/Lombok), Lenong (teater orang Betawi)).
d) Sketsa. (Boria, Jikey).
2) SENI SUARA
· Cerita - penglipur lara, selampit, awang batil dan
sebagainya.
· Bersajak - nazam, syair, gurindam, pantun dan
sebagainya.
· Berlagu - dondang, mengaji al-Quran, nasyid, berzanji,
marhaban dan sebagainya.
· Bernyanyi - lagu-lagu ghazal, dikir barat, lagu kanakkanak
dan sebagainya.

3) PERMAINAN RAKYAT/BELA DIRI
1) SENI UKIR

· Mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan
yang dicipta melalui kepandaian mengukir.
· Ciri-ciri ukiran dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran
terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus

2) SENI BATIK

· Dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup
kain.
· Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses
menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan.
· Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga
yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan.
· Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara
celupan yang berperingkat–peringkat.
· Selanjutnya kain itu direbus dan dibasuh sehingga bersih
lalu dijemur hingga kering.

3) TEKATAN

· Dikenali juga dengan nama suji.
· Menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk
hiasannya mengambarkan reka bentuk bunga dan pohon–
pohon.
· Digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan
balutan tepak sirih.
· Dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan
hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan,
pertabalan raja.

4) SENI ANYAMAN

· Proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan
beberapa jenis tumbuhan yang lain.
· Mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya
menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar
untuk mengalas tempat duduk.

5) SENI TEMBIKAR

· Menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
· Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang
itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan
makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain.
· Perusahaan membuat tembikar secara tradisioanl ini masih
dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung, Kuala
Kangsar, Perak.

6) SENI KRAFTANGAN

· Hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah
dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi
bentuk yang indah dan menarik hati.
· Memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan
bahan-bahan asas yang teratur.
· Memerlukan daya estetika.

7) SENI BINA

· Lahir daripada bentuk rumah-rumah yang menjadi tempat
penginapan orang Melayu.
· Memperlihatkan wujudnya unsur-unsur seni bina dari
daerah-daerah lain di alam Melayu atau dari luar alam
melayu.
· Contoh : rumah-rumah orang Melayu di negeri Sembilan
adalah bercorak seni bina rumah Minangkabau.

8) SENI TEMBAGA

· Tujuan : mencipta alat-alat daripada tembaga yang cantik
dan indah bentuknya.
· Digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya di istana
raja-raja Melayu seperti alat-alat pertabalan raja,
upacara perkahwinan atau upacara diraja yang lain.
· Digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan di
rumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat
bara, bekas perenjis air mawar.

9) SENI TENUNAN

• Terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan
ikat celup dan songket.
• Tenunan songket
à tenunan yang paling lengkap dan cantik.
à merupakan satu perkembangan daripada proses
tenunan biasa.
• Tenunan ikat
à berkembang di istana raja–raja.
à penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses
menyongket solek atau menyolek.
à dikenali juga : kain benang emas

SENI VOKAL

• Lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan
kepada pendengar.
• Berbeza mengikut masyarakat.
• Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa
muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.
Muzik Tradisi Warisan Istana
Tradisi tinggi (great tradition)
• Golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas
pemerintah.
• Muzik nobat menjadi satu pasukan muzik istana sejak
abad ke-15 lagi.
• Muzik ini dimainkan dalam upacara pertabalan, kematian
raja dan upacara mengadap.
• Selain nobat muzik yang berkembang melalui tradisi
istana di Malaysia ialah gamelan.
• Gamelan yang terkenal di TM berasal dari kerajaan
Riau-Lingga dan Johor.
• Alat-alat muzik dalam gamelan termasuklah saron,
bonang, kerompong, gendang dan gong.
Muzik Tradisi Rakyat
Tradisi rendah (little tradition)
• Terdiri daripada kaum petani dan nelayan.
• Lahir daripada minat anggota masyarakat.
• Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain
alat-alat muzik itu daripada keluarganya.
• Diperbuat daripada bahan-bahan di sekeliling seperti
buluh, kayu, kulit binatang.
• Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur
keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat,
maulud dan lain-lain.
Muzik Tradisi Melayu Lain
• Seperti muzik makyong dan gendang keling diwarisi dari
zaman praislam.
• Gendang keling dan Mek Mulung di Kedah dan Perlis
menggunakan alat muzik seperti gong, rebab, gendang
dan serunai.
• Muzik wayang kulit, kuda kepang dan ghazal juga
merupakan muzik Melayu tradisional dari zaman silam.
• Muzik wayang kulit mengandungi alat muzik seperti
gamelan dan mempunyai hubungan dengan tradisi dan
kepercayaan masyarakat pribumi.
• Ghazal pula berasal dari pengaruh Arab Parsi, dibawa
melalui India sebelum berkembang di alam Melayu.
• Muzik Melayu asli ialah muzik yang menyertai tarian
ronggeng atau joget yang mempunyai hubungan dengan
dondang sayang yang berkembang di Melaka dan
canggung di Perlis.
• Tarian kuda kepang pula mengandungi alat-alat muzik
paluan yang dibunyikan mengikut rentak kuda berlari.
• Tarian kuda kepang ini berkembang di Johor di kalangan
masyarakat Melayu keturunan Jawa.


TAJUK 7 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)

Agama Islam, Adat dan Kepercayaan, Bahasa
Agama Islam
· Islam adalah agama rasmi di Malaysia
· Orang melayu hampir keseluruhannya beragama Islam
· Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang penting
bagi orang Islam di Malaysia.
Adat Melayu
1) Istiadat berinai
Istiadat berinai terdiri daripada tiga peringkat:
1. Berinai curi diadakan pada waktu petang hari
selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal
pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin
perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin.
Kaedah yang dihuraikan di bahagian Berinai
besar dipatuhi.
2. Berinai kecil yang diadakan pada waktu petang hari
selepas hari berinai curi. Kaedahnya sama sahaja
dengan berinai curi.
3. Berinai besar.
2) Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)
Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat
Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di
sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian. Upacara
ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung
ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau
lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk
membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa
wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan
kedudukan bayi di dalam perut.
3) Berpantang
Dalam masyarakat Melayu, wanita yang telah bersalin
mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud
larangan. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang,
mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan.
Tempoh berpantang lazimnya berlangsung selama empat
puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada
juga yang berpantang selama seratus hari.
4) Cukur Rambut/ Potong Jambul
Adat ini dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan.
Ia turut dipanggil adat potong jambul. Kenduri nasi
kunyit dan doa selamat diadakan pada hari tersebut.
5) Bersunat / Berkhatan
Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya dilakukan
ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas
dilahirkan.Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak
perempuan akan menjalani upacara ini sekurangkurangnya
ketika berumur setahun atau lebih. Adat ini
akan dijalankan oleh bidan. Bagi kanak-kanak lelaki,
mereka akan menjalani adat bersunat atau juga dipanggil
berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8
hingga 12 tahun. Adat berkhatan akan dijalankan oleh
Tok Mudim. Di dalam ajaran Islam, bersunat atau
berkhatan adalah wajib kerana Islam menitikberatkan
kesucian lahir dan batin. Di samping itu juga,ia baik dari
segi kesihatan. Majlis bersunat kanak-kanak perempuan
tidak semeriah majlis berkhatan kanak-kanak lelaki dan
ada juga yang menjalankannya serentak dengan majlis
perkahwinan.
6) Merisik
Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Tujuan
adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa
gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu. Di samping
itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar
belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga,
adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan
agamanya.
7) Bertunang
Selepas perbincangan diadakan, majlis pertunangan akan
dilangsungkan. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli
keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara
bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan
diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah
pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak
sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama,
sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga
rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain.
Kepercayaan
1. Anak dara dilarang berdandan malam dan melihat
wajah pada cermin. Dikhuatiri wajah yang selalu
dibelek pada malam hari, tiada seri dipandang orang.
jauh dilihat manis, didekati tidak secantik mana.
Larangan ini ada rasionalnya, anak dara tidak
beralasan berhias malam.
2. Anak dara dilarang tidur di tiang seri rumah atau
muka pintu. Kononnya hal ini menyebabkan penyakit
berat menimpa. Ada pula beranggapan pinangan
orang tergendala.
3. Kepala ikan dilarang makan terutama bagi kanakkanak.
Dikhuatiri sukar mengingat pelajaran atau
lambat khatam Al-Quran.
Contoh-contoh Pantang-Larang
· Tidak boleh bermain sembunyi pada waktu malam
· Tidak boleh sikat rambut pada waktu tengah malam
· Tidak boleh membuka payung di dalam rumah
· Tidak boleh berangan pada waktu maghrib
· Tidak boleh tidur pada waktu maghrib
· Dilarang mempercayai dengan tok bomoh
· Dilarang menyembah berhala
· Dilarang bergantung di telefon pada waktu maghrib
· Dilarang keluar pada waktu malam
· Dilarang membuang air kecil di pokok
Bahasa
• Bahasa Melayu sejenis bahasa Melayu-Polinesia di bawah
keluarga bahasa Austronesia yang telah digunakan di
wilayah Malaysia, Indonesia, dan persekitarannya sejak
melebihi 1,000 tahun lalu.
• Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia,
Indonesia,Brunei dan Singapura.
• Di Malaysia, bahasa Melayu secara rasminya
dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempatempat
negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh
penduduk-penduduk Melayu di
Selatan Thailand , Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka
dan Afrika Selatan.
• Bahasa Melayu mempunyai banyak dialek dan setiap
dialek mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan
dan kosa kata.
• Bahasa Melayu merupakan bahasa aglutinatif,
bermaksud makna perkataan boleh diubah dengan
menambah imbuhan tertentu. Umumnya, kata dasar
(atau kata akar) terdiri daripada kata kerja.
Dialek Johor
• Dialek ini digunakan di hampir semua bekas jajahan
empayar Johor-Riau di Semenanjung. Dialek Johor-Riau
kini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu
standard di Malaysia. Ciri utama dialek ini adalah
akhiran ‘a’ yang dibunyikan sebagai ‘Ä›’. Seperti contoh:
1. Saya - SayÄ›
2. Apa – ApÄ›
3. Berapa – BerapÄ›
• Bagaimanapun akhiran ‘a’ untuk kata-kata yang
diadotasi dari perkataan Indonesia dikekalkan
seperti sebutan asal:
1. Anda – Anda
2. Merdeka – Merdeka
Dialek Perak
Contoh:
1. Saya - Sayě - Sayěě - Saye
2. Apa - Apě - Apěě - Ape
3. Berapa - Berapě - Berapěě - Berape
Dialek Kelantan
1. Kawan - Kawe
2. Bulan - Bule
3. Terang - Teghe
4. Tenang - Tene
5. Bukan - Buke
6. Tangan - Tange
Dialek Terengganu
Ejaan Standard & dialek Terengganu
1. Makan= Makang
2. Ikan= Ikang
3. Bukan =Bukang
4. Badan =Badang
5. Pun =Pung
6. Zapin =Zaping
7. Kemaman (nama daerah) =Kemamang
8. Jalan =Jalang
9. Hujan =Hujang
Dialek Sarawak
Ejaan Standard & dialek Sarawak
1. Saya - Kamek
2. Awak/kamu - Kitak
3. Dia - Nya
4. Tidak - Sik
5. Jangan - Sikboh
6. Ini - Itok
7. Sini - Sitok
Bahasa Melayu juga telah meminjam imbuhan asing daripada
tiga sumber bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, Arab-Parsi, dan
Inggeris-Eropah.
Nilai Dan Falsafah
• Kebudayaan Melayu menerima nilai-nilai yang dibawa
Islam.
• Kebudayaan Melayu banyak dipengaruhi oleh Islam
dan akhirnya membawa banyak persamaan dengan
islam.
• Kebudayaan sering kali dikaitkan dengan Islam.
• contohnya :
• Nilai berbudi
• Kasih sayang
• Patuh kepada agama


TAJUK 8 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG SOSIAL)


- Perubatan
- Pakaian
- Permainan
PERUBATAN
• Perubatan Melayu yang diamalkan oleh para bomoh dan
Tok Dukun sejak beberapa abad dahulu.
• Perubatan ini yang banyak menggunakan bahan-bahan
yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan herba
telah diterima dengan penuh minat oleh masyarakat
Melayu di Malaysia kerana ia merupakan kaedah yang
selamat dan tidak memberi kesan sampingan terhadap
tubuh badan manusia.
• Perubatan Melayu adalah sistem penjagaan kesihatan
dan perubatan yang diwarisi dari masa lampau.
• Pengamal perubatan tradisional Melayu banyak
bergantung kepada pengetahuan dan ingatan yang
diwarisi daripada guru mereka secara turun-temurun.
• Perubatan tradisional Melayu adalah melalui amalan
petua yang terdiri daripada dua aspek, iaitu amalan
suruhan dan amalan tegahan.
• Amalan suruhan banyak berhubung dengan pemakanan
daripada segi jenis, kuantiti, dan khasiat yang terdapat
di dalam tumbuhan. Ia bertujuan untuk mendapatkan
keseimbangan serta mengelakkan sebarang serangan
penyakit dan keuzuran.
• Amalan tegahan pula bertujuan untuk menghalang
pesakit daripada memakan makanan tertentu sewaktu
dalam tempoh rawatan sebagai pantang larang. Ia
bertujuan untuk memeliharakan kesihatan manusia dalam
keadaan baik secara berterusan atau bagi
mempercepatkan penyembuhan penyakit.
PRINSIP AMALAN PERBOMOHAN
• Amalan perbomohan yang menurut
perspektif Islam mestilah berdasarkan sumbersumber
yang pasti, sama ada dari al-Quran atau
dari Sunnah, serta sumber-sumber perundangan
yang diiktiraf oleh Islam.
• Sekiranya terdapat percanggahan dengan prinsip
akidah Islam, maka amalan tersebut perlu
disingkirkan.
• Penggunaan ayat-ayat roh, penunggu, atau makhluk
lain, dengan tujuan untuk bersahabat atau meminta
bantuan daripada mereka, tidak dibenarkan dalam
amalan perubatan Melayu.
• Justeru, bantuan dan harapan hanyalah
bersandarkan kepada Allah, di samping usaha-usaha
yang dilakukan.
PAKAIAN
• Pakaian tradisional kaum Melayu iaitu bagi lelaki dan
perempuan.
• Pakaian tradisional dipakai semasa perayaaan, majlismajlis
rasmi, perkahwinan.
• Pakaian kaum wanita = baju kurung, selendang
• Pakaian kaum lelaki = baju Melayu, samping, songkok
PERMAINAN
• Permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa
lapang atau sukan rakyat.
• Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh
dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan
permainan untuk kanak-kanak.
• Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan
wau, sepak raga, gasing, laga buah keras, congkak,
berlaga kerbau dan lain-lain.
• Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main
telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang,
cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.


TAJUK 9 : KEBUDAYAAN MELAYU (BIDANG EKONOMI)
PENGENALAN


1. Masyarakat Melayu merupakan salah sebuah masyarakat
yang terbesar bilangannya di rantau Nusantara ini.
2. Hal ini dapat diperhatikan dengan lebih jelas lagi
terutamanya di bumi Malaysia.
3. Kewujudakn masyarakat Melayu telah bermula sejak
sebelum terbinanya empayar Kesultanan Melayu Melaka
lagi kira-kira 500 tahun yang laluu.
4. Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di negeri
Melaka telah menjalankan kegiatan perdagangan dengan
pedagang-pedagang dari luar Negara terutamanya dari
Arab, Parsi, India, China dan lain-lain lagi.
5. Aktiviti ekonomi hanya melibatkan urus niaga secara
sistem barter atau bertukar barang.
6. Kemudian wujudnya sistem mata wang.
7. Secara tidak langsung telah menggalakkan kedatangan
pedagang daripada luar negara dan berlaku penyerapan
asimilasi dalam budaya Melayu.
PEKERJAAN
1. Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, kebanyakkan
menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan.
2. Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman
padi, kelapa sawit dan kelapa.
3. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakkannya
bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan,
pengangkutan dan lain-lain.
4. Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya
dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli perniagaan.
PENGURUSAN HARTA
a) Adat Perpatih
1. Kesemua harta pusaka adat adalah hak kepada suku
dan bukan hak individu.
2. Berdasarkan konsep ini kita dapati bahawa Adat
Perpatih telah menafikan hak milik individu
terhadap harta pusaka adat.
3. Harta yang tidak dikategorikan sebagai harta
pusaka adat pula seperti kereta, cincin, wang, saham
dan lain-lain boleh dibahagikan kepada waris-waris si
mati tanpa mendapat persetujuan daripada
Lembaga.
4. Adat Perpatih telah mengiktiranya sebagai hak milik
individu kerana ia hasil daripada usahanya sendiri.
5. Hak milik harta pusaka adat yang diberikan kepada
masyarakat adat itu adalah hak milik yang terhad.
6. Sehinggakan dalam pembahagian atau pemindahan
hak milik, seseorang itu terpaksa mendapatkan
persetujuan waris dan Lembaga.
7. Dalam pemindahan hak milik melalui penjualan, waris
dan Lembaga berhak menahan penjualan tersebuut.
Adat melarang harta pusaka adat dijual kepada
anggota suku lain.
8. Adat hanya membenarkan pemindahan hak milik
berlaku dalam lingkungan suku itu sahaja.
b) Adat Temenggung
1. Mengikut sistem ini, lelaki berhak mewarisi harta
yang lebih banyak daripada wanita.
2. Jurai sebelah bapa lebih diutamakan.
3. Jika berlaku perceraian, pembahagian harta antara
suami dan isteri akan dilaksanakan mengikut hukum
syarak.
4. Harta yang didapati semasa perkahwinan dikenali
sebagai harta sepencarian yang kebiasaannya
berkaitan dengan tanah. Harta sepencarian bagi
isteri yang diceraikan akan dibahagikan secara sama
rata.
5. Jika isteri yang dicerai tidak bekerja, maka ia
berhak mendapat satu pertiga bahagian sahaja.
6. Jika penceraian itu atas permintaan suami, maka si
suami mestilah menyediakan nafkah selama tiga
bulan dan harta sepencarian haruslah dibahagi.
7. Sebaliknya jika penceraian disebabkan oleh perangai
buuk isteri, maka si isteri hanya kehilangan tempat
tinggal dan undang-undang menetapkan bahawa si
suami harus membayar sejumlah tertentu emas.
8. Jika penceraian antara suami dan isteri disebabkan
isteri meminta cerai kerana tiga kali mendapati
perangai buruk suami dan telah mendapatkan cerai,
isteri tersebut harus menebus dirinya dengan
memulangkan tempat tinggal, sementara harta yang
berpindah milik terserah kepada suami.


TAJUK 10 – PENGARUH LUAR DALAM KEBUDAYAAN
MELAYU
FAHAMAN ASAL MASYARAKAT MELAYU


• Asalnya à Animisme (percaya akan kuasa ghaib)
• Pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar biasa,
antaranya penunggu, hantu, jembalang, dan sebagainya.
• Percaya bahawa tempat-tempat tertentu seperti di
dalam hutan, di tengah laut, di gunung, terdapat
penunggu yang perlu dihormati
• Punca sesuatu penyakit disebabkan tersampuk, saka,
terkena buatan orang dan sebagainya.
• Penggunaan tangkal, mantera dan tindakan melalui
upacara tertentu, menyemah dan sebagainya.
• Bagi mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku ketika
mengunjungi tempat-tempat yang dipercayai
berpenunggu, seperti hutan,
• Mereka menggunakan ungkapan tertentu contohnya,
“Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu’ bagi memujuk penunggu
di hutan tersebut agar tidak mengapa-apakan mereka.


PENGARUH HINDU

• Pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu yang dibawa oleh
pedagang.
• Kepercayaan Hindu jadi cara hidup masyarakat.
• Penyerapan amalan Hindu à majlis perkahwinan
• Contoh :
à menepung tawar
à bersiram di pancapersada
à bersanding
• Upacara melenggang perut
à Untuk tahu jantina anak
à Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan
selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh.
à Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan
melahirkan anak lelaki
à sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak
perempuan.
à Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu
diserapkan dalam bahasa Melayu.
à Hal ini menjadikan kosa kata bahasa
Melayu lebih luas.
à Hindu juga membawa sastera lisan mereka.
à Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan yang
popular dan berkembang khususnya dalam kalangan
istana.
• Pengaruh Hindu juga terdapat dalam kesenian
Melayu.
àMotif-motif yang berlambangkan haiwan seperti
gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran
yang menghiasi rumah dan barang-barang perhiasan.
• Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam
masyarakat Melayu khususnya di istana.

PENGARUH ISLAM

• Wujud setelah berakhirnya pengaruh Hindu.
• Berkembang dengan kedatangan mubaligh ke rantau ini.
• Amalan yang bercanggah dengan ajaran Islam
digugurkan walaupun tidak sepenuhnya.
• Penyerahan diri kepada Allah merupakan satu daripada
amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu.
• Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang
Melayu.
• Agama Islam menyuruh umatnya berfikir untuk
menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran
mereka.
• Budaya Arab yang merupakan sebahagian daripada
agama Islam telah dipelajari oleh orang Melayu
• menyebabkan berlakunya perubahan besar dalam cara
hidup orang Melayu.
• Contoh :
Hampir setiap negeri di Tanah Melayu dan Brunei
dianggap sebagai negara Islam dengan mengambil
sempena nama-nama syurga (Darul Ridzuan, Darul
Iman, Darul Takzim dan lain-lain).

Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap
termasuklah bahasa.
• Contoh :
Banyak kosa kata Arab terdapat dalam bahasa
Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat
seperti fardu, solat, azan dan sebagainya.
• Pengaruh dalam bentuk tulisan
• àTulisan tersebut dinamakan tulisan jawi oleh orang
Melayu.
• àAhli-ahli bahasa telah mengubah suai huruf Arab
tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf
yang sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan
Melayu yang tiada dalam tulisan Arab seperti huruf ‘p’
dan ‘g’.
• àEkoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas
menggunakan tulisan jawi dan ini dapat difahami oleh
kebanyakan orang.
• Pengaruh Islam dalam seni bina
• àReka bentuk ukirannya berbentuk geometri bagi
menggantikan bentuk-bentuk haiwan yang tidak
dibenarkan oleh Islam.
• àReka bentuk ini terdapat pada rumah Melayu, masjid
dan barang-barang perhiasan.
NAMUN!!!!
• Terdapat sebahagian masyarakat yang
mencampuradukkan ajaran Islam dengan Hindu dan
animisme.
• Doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan
pemujaan terhadap makhluk halus.
• Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit,
makyung, kuda kepang dan beberapa kesenian lain.

PENGARUH BARAT

• Kedatangan Barat berlaku selepas kedatangan Islam
kerana penjajahan.
• Nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala
bertentangan dengan ajaran Islam.
• Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama
merupakan pengaruh yang negatif.
• Terdapat kesan yang positif hasil pengaruh barat
misalnya teknologi moden dalam bidang pertanian,
perindustrian dan perkomputeran yang dapat
mengembangkan ekonomi masyarakat Melayu.
• Bahasa - banyak kosa kata yang terserap yang dapat
mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras
dengan arus globalisasi
• Peluang pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat
Melayu, khususnya golongan bangsawan yang
kemudiannya dibuka kepada orang awam.
• Ini mempengaruhi budaya fikir orang Melayu. Di sekolah,
anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea
dan kosmologi sains.
• Alam semangat dan alam rohaniah orang Melayu semakin
lama semakin terpencil terutamanya dalam kalangan
mereka yang telah dididik dengan alam sekular sains.
• Sebab-musabab saintifik menggantikan konsep magis.
Ubat-ubatan kimia menggantikan jampi serapah.

PENGARUH LAIN

• Orang Cina
• datang ke Tanah Melayu pada zaman
pemerintah Inggeris.
• bekerja di lombong-lombong bijih di samping
menjalankan perniagaan.
• kosa kata bahasa Cina meresap dalam bahasa
Melayu.
· mengekalkan bunyi dan makna asal
dalam bahasa cina walaupun
sesetengahnya mengalami perubahan
makna.
· Contoh kosa kata yang terserap dalam
bahasa Melayu ialah tanglung, teko,
beca, amoi, apek, singse, suun, lobak,
tocang, amah, angpau, capcai, pau, dan
taugeh
• Dari segi masakan
• makanan cina turut meresap dalam budaya
masyarakat Melayu.
• Jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos
tiram, dan bebola ikan, ayam atau daging merupakan
pengaruh daripada budaya Cina yang kini menjadi
sebahagian daripada makanan popular masyarakat
Melayu.
• Pemberian sampul yang berisi wang kepada kanak-kanak
atau orang muda pada hari raya dinamakan angpau bagi
kebanyakan mereka.
• Amalan ini diterima kerana tidak bercanggah dengan
ajaran Islam.

TAJUK 11 : KEBUDAYAAN MELAYU DALAM BAHAN
SASTERA

Puisi Tradisional
· Merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk
karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan
dalam susunan yang istimewa berbanding dengan
pengucapan biasa serta bahasa.
· Puisi tradisional juga dikenali sebagai puisi lisan yang
berkembang dalam kesenian rakyat.
· Puisi tradisional terbahagi kepada beberapa jenis,
antaranya ialah pantun, syair, gurindam dan seloka.
a. Pantun
- Karya yang berangkap tetap, iaitu bilangan baris dalam
setiap rangkap sudah ditetapkan, sama ada dua, empat,
enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris
dalam serangkap.
- Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali
sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai
empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat
kerat, dan begitulah seterusnya.
- Terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang dan
maksud.
b. Syair
- Karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri
daripada empat baris.
- Setiap baris merupakan maksud
kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti
pantun.
- Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana
saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
- Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu
maksud secara kesatuan.
- Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat
patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas
suku kata.
- Rima akhir syair ialah aaaa.
- Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias
ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan
cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.
c. Gurindam
- Karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris
serangkap.
- Terdapat gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah
kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya.
- Rima akhir gurindam ialah aa.
- Baris pertama dalam gurindam mengandungi soalan,
syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula
merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya.
- Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau
kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih
padat dan bernas.
d. Seloka
- Seloka dirumuskan sebagai gurau senda yang
mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
- Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat
baris.
- Terdapat seloka yang berbentuk bebas yang
mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris
serangkap.
- Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima
hujungnya bebas.
- Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat
yang disampaikan dalam nada mengejek atau
menyindir.
e. Teromba
- Teromba dikenali dengan nama-nama seperti terasul,
tambo, dan salasilah.
- Teromba mengungkapkan gagasan pemikiran yang tinggi
berkenaan peraturan, nilai, adat, dan hukum-hukum
hidup bermasyarakat.
- Dari segi bentuk, teromba berbentuk bebas. Jumlah
baris dalam setiap rangkapnya tidak tetap, manakala
rima akhir setiap baris pula tidak sama.
f. Di dalam sebuah teromba disisipkan dengan beberapa
jenis puisi tradisional lain, seperti pantun, gurindam, dan
peribahasa.
g. Talibun
- Talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi
lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau
dua puluh baris yang bersajak di hujungnya.
- Talibun mengungkap persoalan yang berbagai. Lazimnya,
isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek
seperti senjata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan
manusia, fenomena alam, perasaan dan tradisi yang
terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.
h. Mantera
- Mantera tergolong dalam kelompok puisi, kerana
pengucapan dalam bentuk mantera menggunakan katakata
yang tersusun dalam bentuk rangkap, mempunyai
makna yang tersirat, bahasa yang padat puitis.
- Mantera digolongkan puisi Melayu tradisional berbentuk
bebas, kerana tidak terikat kepada jumlah baris yang
sama dalam satu-satu rangkap, manakala rima askihrnya
pula tidak tetap
- Pawang atau bomoh adalah ahli-ahli penting yang
menguasai dan mengamalkan mantera. Mereka membaca
mantera dengan nada, irama, dan tekanan suara yang
tertentu sesuai dengan tujuan perbomohan atau
sesuatu perkara yang dihajati.
Puisi Moden
· Puisi moden mempunyai bentuk, susunan baris, rangkap,
dan rima akhirnya tidak terikat lagi dengan bentuk
tradisional.
· Dari segi isinya, mengungkapkan pelbagai maksud dan
persoalan yang disampaikan oleh penulis.
· Penghasilan puisi moden memperlihatkan pembaharuan
atau pemodenan pada bentuk dan isinya yang boleh
dilihat dalam karya sajak.
a. Sajak
- Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas
bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus,
walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan
gurindam atau seloka.
- Penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak,
penyusunan baris dan rangkap atau bait.
- Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan,
sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.
Prosa Tradisional
· Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan
yang panjang.
· Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja
tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita
(bukan naratif/non-naratif)
· Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang
panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan
sebagai prosa.
· Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Mitos
2. Legenda
3. Cerita rakyat
a) Mitos
· Mitos adalah cerita prosa rakyat yang menceritakan
kisah masa lampau, mengandung penafsiran tentang
alam semesta dan keberadaan makhluk di dalamnya,
serta dianggap benar-benar terjadi oleh yang
empunya cerita atau penganutnya.
· Mitos menceritakan terjadinya alam semesta, dunia
dan para makhluk penghuninya.
· Mitos dapat timbul sebagai catatan peristiwa
sejarah yang terlalu dilebih-lebihkan atau sebagai
suatu penjelasan tentang ritual.
b) Lagenda
· Legenda adalah cerita prosa rakyat yang dianggap
oleh yang mempunyai cerita sebagai sesuatu yang
benar-benar terjadi.
· Lagenda telah mengalami tokok tambah sehingga
sering kali jauh berbeza dengan kisah aslinya.
· Oleh itu, jika legenda hendak dipergunakan sebagai
bahan untuk sejarah, maka legenda harus
dibersihkan terlebih dahulu bahagian-bahagian yang
mengandungi sifat-sifat karut.
c) Cerita rakyat
• Cerita rakyat ialah cerita rekaan dari zaman dahulu
yang disukai ramai dalam sesuatu masyarakat, yang
masih diceritakan atau diperdengarkan dan
diturunkan daripada satu generasi kepada generasi
lain secara lisan dan tulisan.
• Contoh cerita rakyat;
 Pak Pandir
 Pak Belalang
 Lebai Malang
 Sang Kelembai


TAJUK 12 – KEBUDAYAAN Melayu DALAM BAHAN
BUKAN SASTERA


1. Bahan Ilmiah
 Kajian
 Rencana
 Kertas kerja
Contoh : Kertas Kerja
· Prof. Dr. Syed Hussein Alatas (1967) dalam kertas kerja
beliau bertajuk Islam dan kebudayaan Melayu
menyatakan :
1. Terdapat perpaduan antara Islam dan
kebudayaan Melayu contohnya amalan
bergotong-royong,berbudi bahasa, sopan
santun, menghormati ibu bapa, menghormati hak
jirandansebagainya.
2. Terdapat hubungan yang neutral, tidak
bertentangan dengan norma masyarakat tetapi
tidak dianjurkan oleh Islam contohnya upacara
persandingan, adat istiadat melayu, pantang
larang dan sebagainya.
3. Hubungan yang bertentangan dengan Islam.
Sebagai contoh sikap taat buta kepada raja
yang tidak patuh kepada ajaran Islam.(Sejarah
Melayu dan Hikayat Hang Tuah)
2. Media Komunikasi
 Filem
 Video
Filem Melayu Klasik
A. Bidang Politik
• Golongan pemerintah dan golongan rakyat (Hang
Tuah)
• Raja berkuasa mutlak dan berhak menghukum
sesiapa sahaja. (Hang Tuah, Nujum Pak Belalang)
• Sistem kekeluargaan yang rapuh, anak sulung lebih
berhak mendapat harta yang lebih berbanding anak
bongsu. ( Tiga Abdul)
B. Bidang Sosial
• Mahir dalam ilmu seni mempertahankan diri . (Hang
Tuah)
• Kepercayaan terhadap perkara-perkara tahyul.
(Laksamana Do Re Mi)
• Tahap pendidikan yang rendah. (Pendekar Bujang Lapok)
• Pakaian. (Tengkolok, keris, songket, kebaya tradisional)
C. Bidang Ekonomi
• Masyarakat Melayu rata-ratanya digambarkan sebagai
petani, nelayan dan peniaga
Filem Melayu Moden
• Kurang menonjolkan budaya Kemelayuan berbanding
filem Melayu klasik. Menerima pengaruh dari luar
khususnya barat.
Contoh: Gila-gila Remaja, Revolusi KL Drift.
• Sistem pendidikan yang telah maju. Rata-rata ahli
masyarakat mempunyai kerjaya tersendiri.
• Masih berpegang kepada kepercayaan tahyul. Contoh:
Khurafat, Jangan Pandang Belakang.
• Penggunaan bahasa pasar yang kian meluas. Elemen
sastera tidak lagi disisipkan.
• Seni Tarian, Muzik menerima pengaruh daripada luar
khususnya barat.
• Semangat kejiranan: Zombie Kg Pisang, Hantu Kak Limah
Balik Rumah, Estet.
3. Media Komunikasi.
 Rakaman Drama Radio
· Drama yang dimainkan di stesen - stesen radio.
Contohnya, Klasik fm. Melaka fm.
· Kategori drama radio :
- Panggung Drama (30 minit)
- Drama Khas (30 minit)
- Drama Bersiri (12 episod)
- Sketsa (5 minit)
 Rakaman Drama Televisyen
· Drama yang disiarkan di stesen televisyen RTM,
TV3, Astro dan sebagainya.
· Contoh, slot Akasia TV3 bertajuk “Sebenarnya Saya
Isteri Dia” - menggunakan daun senduduk sebagai
alat untuk menghentikan peredaran darah,
perkahwinan ( bersanding)


TAJUK 13 : TASAWUR (WORLD-VIEW) DAN
KOSMOLOGI MASYARAKAT MELAYU


• Setiap bangsa dalam dunia, walaupun primitif,
mempunyai kosmologi tersendiri.
• Setiap bangsa, sama ada berdasarkan kitab wahyu,
mitos, atau falsafah pemikiran warisan turun temurun,
mempunyai tanggapan tersendiri tentang penciptaan
alam semesta dan pemikiran yang berkaitan dengannya.
• Walaupun kosmologi Melayu moden lebih dipengaruhi
oleh kosmologi Islam, namun tamadun Melayu yang
pernah berada di bawah pelbagai pengaruh budaya
sebelum Islam, maka kosmologi tersebut turut
mengambil tempat di celah-celah pentafsiran kosmologi
Melayu Islam.
• Orang Melayu silam turut mempunyai konsep kosmologi
yang dipengaruh oleh budaya animisme, Hindu dan
Buddha.
• Mereka memuja semangat, dan penunggu; mereka
membaca mentera yang menyebut asal kejadian alam dan
makhluknya.
• Mereka memohon perlindungan daripada penunggu pokok
dan gua.
• Mereka meminta pertolongan jin dan syaitan dalam
perubatan dan sihir.
• Mereka mempunyai banyak mitos yang menyebut balik
tentang mitos kayangan ini seperti peranan yang
dimainkan oleh Sri Rama, Siti Dewi, Raja Muda
Laksmana, Hanuman Kera Putih dalam plot ceritanya
yang jelas menunjukkan terdapat unsur kehinduan di
dalam persembahan itu.
• Wayang kulit yang merupakan warisan budaya silam
menjadikan watak tersebut sebagai latar belakang
persembahannya.
• Orang Melayu tradisional menghayati satu cara hidup
yang dianggap unggul dari segi kaca mata pandangan
moden semasa. Antara manifestasi keunggulan tersebut
ialah apa yang terkandung dalam pandangan alam
(Weltanschauung) dan budaya alam bangsa Melayu.
• Bagi orang Melayu tradisional, mereka melihat alam tabii
ini sebagai penuh dengan makna, simbolisme, gurindam
dan syair.
• Pandangan mereka sekali-kali tidak terhad kepada
manifestasi material alam, bahkan bagi mereka dimensi
fizikal yang amat penting bagi sains
dan teknologi moden hanyalah satu manifestasi kecil
fenomena alam ini yang kewujudannya sebenarnya
bergantung kepada dimensi hakikat dan ruh yang maha
seni.
• Penghayatan pandangan ini, misalnya, dapat diperhatikan
secara praktis dalam kehidupan seharian dan
kemasyarakatan mereka.
• Perkembangan semiotik tabii dan kosmologi kebudayaan
generasi-generasi tersebut menyerap pelbagai unsur
yang datang dari luar ruang budaya Melayu asli. Unsurunsur
luar tersebut datang daripada timur dan barat.
Hindu, Buddhis, Islam dan Barat merupakan pengaruh
yang memberi kesan kepada pembentukan semiotik dan
kosmologi Melayu. Namun demikian, intipati semiotik dan
kosmologi Melayu masih terpelihara.
• Oleh itu dalam "alam Melayu," haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan batu-batan mampu bercakap, bahkan bermadah
secara bernas setanding dengan sebarang pujangga
manusia.
• Alam Melayu juga dimana manusia (khasnya syaman,
pawang, bomor, sufi dan wali Allah) berinteraksi dengan
haiwan, tumbuhan dan batu-batan pada tingkatan yang
sukar diterima dan untuk dibayangkan oleh manusia
sekular.
• Kemampuan bertinterkasi tersebut juga merupakan
landasan yang membuka jalan bagi manusia Melayu
mampu hidup berharmoni dengan alam tabii.
• Bagi kebanyakan manusia moden, khususnya dari barat,
bercakap dengan mahluk lain selain sesama manusia
hanyalah dalam cerita dogeng.


TAJUK 14: KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Definisi Kebudayaan
 keseluruhan cara hidup manusia.
Kepentingan kebudayaan
· Berperanan penting dalam proses pembangunan negara
di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk
dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini
sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses
yang berterusan
· Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan
kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti
dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang
bersifat keMalaysiaan.
· Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifatsifat
yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa
dan ketahanan negara.
Apakah itu Dasar Kebudayaan Kebangsaan?
 Satu dasar yang digubal pada tahun 1971 sejak merdeka
disebabkan tiada arah dalam mewujudkan kebudayaan
kebangsaan.
 Ini disebabkan kesedaran yg rendah dan kefahaman
mengenai kebudayaan, kepentingan politik yg
menekankan kebudayaan kaum shj dan penekanan yg
lebih kpd kemajuan ekonomi.
Rasional Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
merupakan langkah penting untuk mengekalkan
perpaduan.
 Menjadi garis panduan ke arah membentuk dan
mewujudkan serta mengekalkan identiti dan
perpaduan dalam masyarakat.
 Akan menentukan sifat-sifat yang terbaik dan mulia
bagi membina bangsa yang bersatu padu dan
berdaya
Prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan
1. Berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
 Melaka merupakan pusat perkembangan, penyebaran dan
warisan kebudayaan Melayu.
 Kebudayaan serantau digambarkan dengan penggunaan
Bahasa Melayu.
 Kebudayaan rakyat asal rantau ini dijadikan teras dalam
Kebudayaan Kebangsaan
2. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesua i .
 Unsur-unsur budaya asing, Cina, Arab, India dan
sebagainya
 Kesesuaian dan penerimaan dalam penyerapan
kebudayaan bergantung kepada tidak wujudnya
percanggahan dalam Perlembagaan dan prinsip-prinsip
Rukun Negara
3. Islam menjadi unsur penting di dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan .
• Peringkat tertinggi- sepatutnya menampakkan Malaysia
sebagai sebuah negara Islam
• Peringkat kedua- menerapkan budaya-budaya lain yang
tidak bertentangan dengan budaya Islam
Pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
 Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi
dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini
menguruskan penyelidikan, pembangunan dan
penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian
dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan
kebangsaan.
 Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti
pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya
Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan
kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri,
khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhanpertubuhan
kebudayaan dan kerjasama dengan badanbadan
antarabangsa.
 Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan
Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting
dalam pelaksanaan dasar ini.
 Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan
Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan
Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.
 Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan
Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama
penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam
pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa.
 Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan
kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini
boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan
dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi
masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan
program atau projek-projek kebudayaan.

TAJUK 15 : KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Kebudayaan kebangsaan?
- Kebudayaan memainkan peranan dlm proses
pembangunan Malaysia.
- Dasar yang digubal pd tahun 1971 disebabkan tiada arah
dlm mewujudkan kebudayaan kebangsaan.
- Lahir drpd Gagasan Kogres Kebudayaan Kebangsaan yg
dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia & Sukan.
- Jadi garis panduan dlm membentuk & mewujudkan serta
mengekalkan identiti negara.
- Perpaduan negara diperkukuh melalui kebudayaan &
keperibadian kebangsaan dipelihara berteraskan budaya
penduduk asal & agama islam.
ISU/ CABARAN DAN PERMASALAHAN
 Setelah lebih 50 tahun merdeka, masih belum dapat
lihat satu bentuk kebudayaan Malaysia yang jitu.
 Setiap kaum & etnik masih kuat menyuarakan
& meminta hak yg lebih luas utk mengamalkan
kebudayaan masing-masing.
 Media sosial spt elektronik & cetak terpaksa melayan
permintaan kaum yang ada di Malaysia masing-masing.
 Kebudayaan kebangsaan Malaysia jelas masih terbahagi
mengikut kebudayaan kaum & etnik yg pelbagai.
 Malaysia lebih dilihat di mata dunia sebagai negara
pelbagai kaum dan pelbagai budaya.
 Ada kebudayaan yang sesuai diamalkan oleh semua
rakyat Malaysia dan ada yang tidak sesuai.
 Jurang interaksi antara murid SK & SKJ sehinggalah ke
peringkat tertinggi. Banyak universiti swasta didominasi
oleh satu-satu kaum sbg majoriti.
 Bahasa Melayu tidak digunakan sepenuh sebagai bahasa
rasmi, bahasa ilmu, bahasa kebangsaan.
 Generasi muda yang tidak berminat terhadap
kebudayaan.
 Kecanggihan teknologi dan arus permodenan semakin
lama semakin mengaburkan nilai kebudayaan.
KEDUDUKAN TERKINI
· Gagasan 1Malaysia yang diangkat oleh PM Malaysia,
Datuk Seri Najib Razak sedikit sebanyak membantu
membentuk kelikatan perpaduan dan jalinan budaya
antara kaum.
· Sambutan perayaan diraikan di peringkat kebangsaan
dengan mengadakan rumah terbuka.
· Mewujudkan tarian 1 Malaysia, senam seni, festival
citrawarna Malaysia untuk menzahirkan kebudayaan
kebangsaan.
· Penciptaan lagu-lagu melibatkan bahasa-bahasa kaum di
Malaysia dan menggunakan alat-alat muzik semua kaum
serta disiarkan di media elektronik.
· Pengenalan baju kebangsaan – baju batik dipakai setiap
hari Khamis oleh penjawat awam.

BENTUK BUDAYA PADA MASA YANG AKAN DATANG

- Proses globalisasi baik melalui media massa atau
komunikasi langsung dan perbagai informasi yang
terbuka mengakibatkan perbagai kebudayaan di dunia
bertemu dan terjadi percampuran kebudayaan yang
lebih besar.
- Perubahan yang terjadi dalam budaya masyarakat
merupakan hasil dari pertemuan antara nilai yang satu
dengan yang lain.
Budaya masa kini & akan datang antaranya ialah:
i. Hip-hop dan K-Pop
ii. Amalan pertuturan manglish
iii. Tayangan filem yang seolah-olah tidak ditapis
iv. Gaya hidup barat cth sesi ‘pre dan post wedding
photos’ dan lamaran gaya barat.
v. Perkahwinan sama jenis.


sumber : scibd

BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik