Taksonomi Bloom
Jadual
Penentu Ujian
Pengertian
Ia menghuraikan
aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberi panduan untuk
mendapatkan satu sampel item-item soalan.
Fungsi
JPU
Sebagai
panduan kepada penggubal soalan.
Menentukan
bidang atau topik-topik dan objektif-objektif pengajaran yang perlu diuji.
Menentukan
bidang/topik-topik dan pemberatan yang akan diberi.
Menentukan
aras soalan dan bilangannya.
Menyelaras
aras kesukaran dan menstabilkan taraf dan mutu ujian.
Membolehkan
perbandingan dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
Membolehkan
ujian dibina oleh penggubal-penggubal lain.
Penentuan Aras
Penentuan aras
mengikut Taksonomi Bloom
-Pengetahuan
-Kefahaman
-Aplikasi
-Analisis
-Sintesis
-Penilaian
Aras: Pengetahuan
-Ciri
Soalan: Memerlukan calon mengingat
semula. Jawapan calon menggunakan bahasa asal.
Contoh Kata Kerja:
Labelkan, Senaraikan, Nyatakan, Manakah, Apakah, Berikan,
dll.
Contoh Soalan Aras
Pengetahuan
Aras Pengetahuan
1. Apakah maksud perkataan culas ?
A. Rajin
B. Lalai
C. Malas
D. Cergas
Aras: Kefahaman
Ciri Soalan: Memerlukan calon memahami fakta dan
menghuraikannya, memberi contoh atau illutrasi dalam bahasanya sendiri.
Contoh Kata Kerja:
Terangkan, Jelaskan, Huraikan, Tukarkan, Mengapakah, dll.
Contoh Soalan Aras
Kefahaman
Pilih peribahasa yang
paling sesuai bagi penyataan di bawah.
Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk mencari
pekerjaan.
Ada ubi ada batas
Ada gula ada semut
Ada udang di sebalik
batu
Banyak udang banyak
ragam
Aras: Aplikasi
Ciri Soalan: Memerlukan calon menyelesaikan masalah ‘non-routine’ atau masalah baru. Ciri
soalan adalah ‘problem-solving’. Masalah
diselesaikan dengan cara
tersendiri menggunakan gabungan teori,
pengalaman dan pelbagai kaedah penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan.
.
Aras Aplikasi
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris
dengan betul.
“Radio ini ada kelasnya
yang tersendiri,” kata Adib.
“Jangan makan di
dalam kelas!” kata pengawas itu.
Mereka masyarakat kelas
menengah.
Kulitnya kelas
kerana terkena api.
I, ii dan iv sahaja
Ii, iii dan iv sahaja
I,ii dan iii sahaja
I ,ii ,iii dan iv
sahaja
Aras: Analisis
Ciri Soalan: Memerlukan calon menganalisis, memecah/mencerakinkan fakta untuk mengkaji unsur-unsurnya secara mendalam termasuk membanding, membeza,mengupas dan membukti.
Contoh Kata Kerja:
Bandingkan, Bezakan, Buktikan, Beri sebab, Buat analisis,
Cerakinkan, Tafsirkan, dll.
Contoh Soalan Aras
Analisis
Baca sajak di bawah,
kemudian jawab soalan di bawah.
Tiba-tiba aku tersedar
Lamunan yang merugikan terlepas kini
Sejarah hempedu pahit ku lupakan
Kini, ku semaikan benih-benih harapan
Bersama jutaan impian
Aku kan tempuh segala cabaran
Ku semai benih-benih harapan
bermaksud
Pemuisi menanamkan
cita-cita untuk berjaya
Pemuisi belajar
dengan bersungguh-sungguh
Pemuisi menanam benih-benih
baru di ladangnya
Pemuisi mengharapkan
dirinya tidak dilupakan
Aras: Sintesis
Ciri Soalan: Memerlukan calon merancang, mereka/mencipta dan menghasilkan sesuatu hasil yang
kreatif hasil dari penggabungan pelbagai unsur.
Ini termasuk penghasilan sesuatu
rancangan, rumusan, kaedah/prosedur, atau cadangan.
Contoh Kata Kerja:
Rancangkan, Rumuskan, Sediakan, Cadangkan, Karangkan,
Gubahkan, dll.
Aras Sintesis
Arahan:
Susun semula baris-baris pantun di bawah supaya menjadi
pantun yang lengkap.
Budi yang baik dikenang juga,
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Hancur badan dikandung tanah,
Gunung Daik bercabang tiga
Aras: Penilaian
Ciri Soalan: Memerlukan calon menilai, membuat pertimbangan
atau justifikasi untuk mencapai atau mendapatkan sesuatu kesimpulan. Calon perlu melihat fakta dari aspek ‘pro dan
cons’ semasa membuat penilaian.
Contoh Kata Kerja:
Bincangkan, Nilaikan, Beri pendapat, Beri justifikasi,
Pertimbangkan, dll.
Contoh Soalan Aras
Penilaian
Pencerobohan tentera
Amerika dan Britain terhadap Iraq merupakan satu tindakan yang
zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Rakyat Iraq sanggup mempertahankan segenap inci tanah tumpah darah
mereka. Mereka sanggup berputih
tulang daripada berputih mata.
Soalan.
Apakah yang anda faham mengenai ungkapan “Biar berputih
tulang jangan berputih mata”.