1.0
Pendahuluan
Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia
disebut pertuturan, kalimat atau ujaran, iaitu satu sistem bunyi yang teratur
atau percantuman bunyi yang hadir secara berulang-ulang atau
berurutan. Bahasa berasal daripada bunyi-bunyi yang disebut
bunyi-bunyi bahasa. Bahasa bertindak melalui dua bentuk
iaitu melibatkan bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan melalui alat
ujaran manusia dan merangsang pemikiran, situasi sosial dan
makna. Kajian bunyi terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan
fonologi.
Fonetik dan fonologi merupakan satu bidang kajian yang
membincangkan mengenai bunyi bahasa. Fonetik merupakan satu bidang kajian yang
berfokuskan kepada pembentukan bunyi bahasa. Manakala fonologi merupakan satu
bidang kajian yang mengkaji mengenai bunyi bahasa dan mempunyai sistem dan
peraturan yang terdapat dalam bahasa tersebut. Menurut Abdullah Yusoff dan Che
Rabiaah Mohamed (2005), bunyi bahasa merupakan bunyi atau gabungan bunyi-bunyi
yang dihasilkan melalui rongga pernafasan yang membentuk perkataan.
Menurut
Henderson, bidang fonologi ini perlu diasingkan daripada bidang fonetik
memandangkan bidang fonetik tidak mungkin dapat merangkumi pemerian seluruh
bunyi yang dihasilkan oleh manusia. Sebagaimana yang dinyatakan, bahawa bidang
fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa manusia sejagat, maka
pada teori dan praktiknya, bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi itu,
cara pengeluarannya, dan aspek pendengarannya.
Bidang fonetik dibahagikan kepada tiga iaitu fonetik
auditori, fonetik akustik dan fonetik artikulasi. Fonetik artikulasi adalah
fonetik yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan atau
dikeluarkan. Bunyi-bunyi itu terhasil daripada udara yang keluar daripada
paru-paru(udara sebenarnya keluar masuk paru-paru semasa seseorang itu
bernafas) kemudian lalu pada pita suara yang boleh menentukan keadaan bunyi itu
sama ada nyaring, kuat, perlahan atau sebagainya ,kemudian udara itu keluar
melalui rongga ,iaitu rongga tekak, rongga mulut atau rongga hidung untuk
mewujudkan “gema”.
2.0 Definisi
fonetik
Fonetik ialah kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.
Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi- bunyi itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Maksud dan definisi fonetik menurut
Kamus Dewan(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut
Merriam Webster’s Collegiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik
dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of
languages”. Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionary of current English
(1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”.
Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik
sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art
of pronunciation. concerned with the production of these speech sounds by
the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result,
and the auditory effect they produce on the hearer”.
Kamus Collins Shorter English
Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals
with pronunciation and the representation of the sounds of speech.”Mengikut
Kamus Linguistik(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik
sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa.” Akan tetapi mengikut Encyclopedia Americana
(1994:955)mendefinisikan fonetik sebagai “ the science
that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to
describe them, account for their production, and classify them.”
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia
beberapa pandangan dan pengertian tentang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik
tersebut. Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Linguistik Umum
yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “
fonetik merupakan bahagian-bahagian yang asas dalam ilmu bahasa,
manakala fonologi, hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalampertuturan (1993:37).”Mengikut Adrin Akmajian et. Al. dalam bukuLinguistik:
Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein
daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication
menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa
dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali se
bagai fonetik artikulasi , dan juga sifat fizikal gelombang bunyi
bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali
sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermaksud kajian
tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik
adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda
makna dalam suatu bahasa” (1986:1”).Prof. Dr J.W.M Verhaar Gadjah Mada
Universiti Press, Yogyakarta, 1988, dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan
pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi
sebagaimana terdapat dalam parole”.Dr. Awang Had Salleh (Nov 1958 :
536-540),menjelaskan bahawa fonetik ialah mengkaji bunyi bahasa dari segi cara
pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya.
Fonetikamnya ialah pengkajian terhadap unsur bahasa dalam bentuk bunyi.(1993:40)
Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:Suatu Tinjuan menyatakan:
“Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan
rumus yang melibatkan pengeluarannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman
menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari
segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
pertuturan manusia) dan memberikan simbol fonetik untuk masing-masing bunyi
itu.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain
memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori
mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai
bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa,
teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.”
(1982:40).
Menurut
Siti Hajar Abdul Aziz (2011) pula, asal perkataan fonetik adalah daripada
bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang
bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaran manusia.
Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasa dan
bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan.
Sementara
Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006) pula menyatakan fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh manusia iaitu bunyi yang digunakan sebagai alat
komunikasi. Selain itu, fonetik
juga boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan
melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahu pun
bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi. (Dr.
Lufti Abas, 1975).
Nik
Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad dalam buku Teks Bahasa Melayu STPM yang
diterbitkan oleh Penerbit Fajar bakti Sdn.Bhd (2006) pula mentakrifkan bahawa
fonetik ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh kita iaitu
manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut. Menurut Prof.
Emeritus Dr. Abdullah Hassan dalam
bukunya Fonetik Dan
Fonologi : Siri P & P Bahasa Melayu (2005) pula menjelaskan bahawa fonetik ialah bidang yang
mengkaji penyebutan bunyi manusia, terutama bunyi yang digunakan dalam
pertuturan.
2.1 Cabang-cabang
fonetik
Bidang fonetik terbahagi
kepada tiga cabang utama, iaitu fonetik artikulasi, fonetik akustik dan fonetik
auditori. Fonetik artikulasi mengkaji cara bunyi-bunyi bahasa
dihasilkan oleh manusia dan bahagian-bahagian (articulator) yang terlibat dalam
penghasilan bunyi. Selain itu, cabang ini juga melakukan pengelasan
terhadap bunyi bahasa berdasarkan cara bunyi itu dikeluarkan oleh alat tutur.
Fonetik akustik pula
mengkaji sifat-sifat bunyi bahasa. Sifat fizikal yang dimaksudkan
ialah gelombang bunyi ujaran yang dihasilkan oleh pita suara. Gelombang
bunyi ini dapat diukur dengan menggunakan alat seperti spektogram dan
osiloskop. Antara sifat yang diberi perhatian dalam kajian
fonetik akustik termasuklah nada, frekuensi dan amplitud.
Fonetik auditori pula
mengkaji cara otak memproses bunyi yang diterima melalui telinga dan cara bunyi-bunyi
tersebut diinterprestasikan. Proses yang terlibat
dinamakan sebagai mendekod, yang melibatkan
pendengar. Penutur menukarkan maklumat yang hendak disampaikan dalam
bentuk kod-kod yang tertentu seperti bunyi, kata dan ayat manakala pendengar pula
mentafsir maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermakna
dalam komunikasi yang berlangsung. (Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar,
2006).
2.2 Definisi fonologi
Fonologi ialah kajian
tentang sistem bunyi bahasa yang berkaitan senarai bunyi bahasa dan ciri-ciri
bunyi tersebut serta peraturan khusus yang menjelaskan cara bunyi-bunyi
tersebut berhubung antara satu sama lain. Tugas bidang fonologi ialah
merumuskan, menghuraikan dan menjelaskan segala bentuk bunyi dalam sesuatu bahasa
secara terperinci.
Maksud fonologi
juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana
bahasa. Mengikut Adrian Akmajianet al dalam bukunya Linguistik: Pengantar
Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan
Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang
berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur
dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia. Istilah fonologi digunakan dalam dua cara.
Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang
mengawal penyebaran bunyi tersebut.
Menurut
Arbak Othman (1983), fonologi merupakan bahagian daripada linguistik
deskriptif yang mempelajari bunyi-bunyi yang diucapkan
dalam atau melalui mulut manusia. Nik Safiah Karim dan Wan Malini Ahmad Teks Bahasa Melayu
STPM terbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam (2006) pula menjelaskan
bahawa fonologi ialah cabang
ilmu bahasa yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya dalam
sistem bahasa tersebut. Bunyi bahasa disusun dengan sistem
dan bidang fonologi bertujuan untuk menganalisis sistem ini. Fonologi terbahagi
kepada dua iaitu fonetik dan fonemik. Fonemik merupakan bidang yang
mengkaji bunyi-bunyi sesuatu, iaitu pengkajian tentang fungsi atau struktur
bunyi bahasa itu.
Menurut
Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam (2005) pula, bidang fonologi
mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu
bahasa. Abdullah Hassan (2005), pula menyatakan fonologi ialah bidang yang
mengkaji sistem bunyi-bunyi dalam bahasa.Munurut sarjana dari Indonesia dalam
bukunya : Pengantar Linguistik ,
Prof. Dr J.W.M.Verhaar, Gadjah Mada Universiti Press, Yogyakarta, ,1988,
menyatakan bahawa , fonologi ialah bidang yang menyelidiki bunyi bahasa
hanya menurut segi fungsionalnya sahaja.
Dari segi yang lain pula, fonologi
merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan
sifat universal sistem bunyi semula jadi.”(1995:112) Manakala Frank parker dalam
Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu
bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan
sebutan.” (1974:112). Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik
Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi
mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)
Maksud dan makna fonologi menurut kamus
dewan pula ialah, fonologi merupakan kajian tentang bunyi
sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite
Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai
“the science of speech sounds including, especially the history and theory
of sound changes in a language or in two or more related languages. Mengikut
Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi
fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Kamus Oxford
Advanced Learner’s Dictionanry of CurrentEnglish (1992:671) memberi pengertian
fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds, especially in
a particular language. Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572)
menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language
and of the history of their changes. Dalam Collins Shorter English
Dictionary(1993:858) fonologi dikatakan “the study of the sound system
of a language or of language in general.”The World Book Dictionary(1981:1567)
menerangkan fonologi sebagai “ the system of sound used in language”.
.
1.4 KESIMPULAN
Kajian fonetik dan
fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ tutur
manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia
dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan
sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting
dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber
tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.
Bunyi vokal atau
konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi
manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi
konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan
tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan
pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka
getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu
udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil
ialah bunyi yang tidak bersuara.
Kaedah fonetik
juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk guru-guru mengajar kanak-kanak
membaca dengan cepat kerana kaedah ini telah dibuktikan secara saintifik sebagai
kaedah otak manusia membaca. Hal ini adalah kerana otak membaca
dengan memecahkan perkataan yang dilihat kepada bunyi-bunyi, lalu otak
membunyikan huruf-huruf yang dilihat bagi menyebut atau
membaca perkataan itu.