Sabtu, 23 Disember 2017

PENILAIAN MELALUI PORTFOLIO

 Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian
pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

 Ciri-ciri :
·         portfolio berbentuk dokumentasi, berstruktur yang memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang berkualiti.
·         proses pembelajaran melalui portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kreatif dan kritis serta pemilihan maklumat dari peringkat awal hingga akhir.
·         kaedah ini menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama, bantuan dan sumbangan dari semua pihak.
·         kandungan portfolio terdiri daripada maklumat yang disusun secara urutan dan mengikut logik portfolio yang bersifat reflektif yang dirangsangkan melalui soalan-soalan.

 Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina :
·         portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
·         portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja   harian. ini berbentuk sumatif.
·         portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.


 Kegunaan portfolio :

·         membolehkan guru2 menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
·         mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
·         membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran2, pengetahuan dan kefahaman.

Perancangan sebelum membuat portfolio :

·         menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
·         isi kandungan portfolio.
·         pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
·         penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.


BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK)

  BAHASA DAN MASYARAKAT (KAJIAAN SOSIOLINGUISTIK) Sosiolinguistik mengkaji hubungan bahasa dan masyarakat, yang nengaitkan dua bidang yan...

klik